Sunday, February 12, 2017

Rupanya bukan Menteri Kanan, tapi Ahli Parlimen & ADUN DAP yang letak jawatan


Empat pemimpin negeri dari DAP memutuskan untuk keluar parti kerana sudah hilang keyakinan dan kecewa dengan pucuk pimpinan DAP yang di ketuai oleh Lim Guang Eng dan bapanya Lim Kit Siang.




Langkah itu dimulai Ahli Parlimen dari Kota Melaka, Sim Tong Him dan 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).

“Selepas beberapa pertimbangan diambil,dengan rasa kesal saya menyatakan sudah hilang keyakinan dengan Lim Guan Eng dan kepimpinan tertinggi dalam mengendalikan isu luaran dan dalaman parti.

“Saya juga tidak boleh menerima dengan politik yang DAP ambil,” katanya seperti dilaporkan NST, hari ini.

Tong Him berkata, matlamat dan objektif DAP pada masa kini juga sudah berubah daripada matlamat asalnya.

Bagaimanapun, beliau berkata akan terus berkhidmat dan terus menjalankan tugasnya sebagai pemimpin dipilih rakyat.

Tong Him dan Leong San sebelum ini digantung Jawatankuasa Disiplin DAP selama setahun sejak 7 Februari 2016.

Ia ekoran tindakannya memburukkan nama parti melalui tindakan undang-undang yang menentang ahli DAP lain.

Di fahamkan dalam masa yang terdekat ini terdapat ramai lagi pimpinan DAP akan keluar dari parti tersebut dan sebahagian dari mereka kebanyakannya tidak setuju DAP mengadakan kerjasama dengan Tun Mahathir dan PPBM.

No comments:

Post a Comment