Monday, February 6, 2017

#DemiRakyat BRT KL - Klang bakal kurangkan masa perjalanan sebanyak 30 minit Cc @SPADChannel


Tahukah anda melalui Transformasi Pengangkutan Awam Darat negara dibawah pentadbiran Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak, kerajaan bakal melancarkan projek BRT Kuala Lumpur - Klang (KL - Klang) dimana projek ini akan menghubungkan Klang & Kuala Lumpur melalui satu laluan "elevated" khas yang hanya digunakan oleh bas - bas tertentu. 




Sudah pastinya bila kerajaan mengumumkan projek berskala besar ini demi kesejahteraan rakyat, pihak pembangkang akan mula langkah untuk mencari kesalahan kerajaan dengan melontarkan pelbagai fitnah yang tidak masuk akal. Rafizi Ramli, seorang kaki fitnah terkenal pihak pembangkang sudah pastinya akan mula mengeluarkan "Fakta Auta" beliau dengan mengatakan konon nya kos BRT ini terlalu mahal, ada berlaku penyelewengan dan sebagainya namun bila bila kantoi beliau akan kata beliau cuma berlawak sahaja. Ini lah low class politician yang pihak pembangkang ada.

Kembali kepada projek BRT KL - Klang ini, antara cabaran utama yang kami di #KLChronicle lihat adalah kepada isu pemilikan tanah. Umum ketahui bahawa tanah adalah dibawah kuasa kerajaan negeri i.e. Selangor. Umum ketahui bahawa Selangor merupakan negeri pembangkang dan mereka sudah pastinya akan cuba mensabotaj segala projek yang ingin dibangunkan oleh kerajaan BN kerana bagi mereka jika BN berjaya, mereka bakal kehilangan undi di Selangor. Ini suatu perkara yang tidak boleh berlaku. Bagi pembangkang, semua isu di Malaysia dijadikan isu politik bagi mereka. 

Bagi mereka yang tidak tahu, memetik laman Facebook SPAD projek BRT ini :
Akan mengurangkan masa perjalanan daripada Bandar Raya ke Klang kepada hanya 40 minit berbanding 70 minit ketika ini. Projek ini dianggar memberi manfaat kepada 1.9 juta penduduk di sekitar Lembah Klang dan diramal akan memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 400,000 penumpang.
Sumber : https://www.facebook.com/SPAD.my/

Jika dilihat dari positif nya, projek BRT KL - Klang ini membawa banyak kebaikan kepada rakyat. Persoalanya, adakah pembangkang akan mensabotaj projek ini seperti yang mereka lakukan kepada projek MRT? Only time will tell.  

No comments:

Post a Comment