Friday, January 6, 2017

SPAD akan menubuhkan "Makmal Bas" bagi bincang mutu perkhidmatan dan keselamatan bas ekspress


24 Disember lalu merupakan satu tarikh malang bagi negara apabila 14 orang penumpang Bas Ekspress Alisan telah maut dalam satu kemalangan di Pagoh, Johor. Akibat kemalangan ini ramai pihak telah mula menyalahkan antara satu sama lain dan malangnya akhir sekali yang dipersalahkan adalah kerajaan, secara spesifiknya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). 



Namun, sebenarnya bagi kami di #KLChronicle, kesalahan harus lah ditanggung oleh pihak operator Bas Alisan Ekspress kerana sebagai satu syarikat perkhidmatan yang bertanggungjawab, mereka haruslah memastikan bahawa  mutu perkhidmatan, dan keselamatan penumpang sentiasa diberi perhatian yang tinggi. Operator bas tidak seharusnya lepas tangan dan tanggungjawab mereka bila ada kejadian yang tidak diingini berlaku. 


Menyedari hakikat bahawa operator - operator bas ini mengambil sikap sambil lewa dalam mutu perkhidmatan dan keselamatan penumpang, bulan depan SPAD akan akan menubuhkan Makmal Bas yang akan memberikan tumpuan kepada peningkatan mutu perkhidmatan, keselamatan dan kemampanan industri bas. Di antara lainnya makmal tersebut akan mengambil kira model perniagaan, cara-cara menangani kekurangan pemandu, usul-usul bagi memperbaiki kebajikan pemandu, pendekatan teknologi, polisi dan syarat-syarat pelesenan serta  peningkatan mutu terminal dan infrastruktur.

Ini susulan dari kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hajah Nancy baru - baru ini. Malah Datuk Seri Hajah Nancy juga memberi amaran kepada amaran kepada semua syarikat bas ekspres agar memberikan keutamaan kepada semua aspek keselamatan pemanduan dan keselamatan penumpang. Ini termasuklah melakukan pemeriksaan terhadap keadaan pemandu sebelum memulakan perjalanan lebih-lebih lagi menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Bagi kami di #KLChronicle, there is only so much the government can do. Namun, jika operator bas sendiri yang tidak bertangungjawab dan hanya mementingkan keuntungan, mereka ini wajar ditarik lesen dan diharamkan dari menjalankan perniagaan selama - lamanya dan pengarah syarikat disenarai hitamkan. Kami berharap dengan cara ini, kemalangan maut melibatkan bas ekspress dapat dikurangkan dan nyawa orang ramai dapat diselamatkan. 

------------------------------------------------------------------ 


KENYATAAN MEDIA

PUTRAJAYA, 4 Januari 2017- Kerajaan memandang serius terhadap sebarang tragedi jalan raya yang berlaku tanpa mengira sama ada kemalangan tersebut adalah kecil atau pun besar.

Berhubung tragedi bas ekspres yang berlaku di Pagoh, 24 Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hajah Nancy berkata siasatan terperinci telah di mulakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) bagi mengenalpasti punca nahas tersebut dengan bantuan agensi-agensi Kerajaan lain yang turut melakukan siasatan di bawah bidang kuasa masing-masing.

Datuk Seri Hajah Nancy Shukri berkata, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menubuhkan Makmal Bas yang akan memberikan tumpuan kepada peningkatan mutu perkhidmatan, keselamatan dan kemampanan industri bas. Di antara lainnya makmal tersebut akan mengambil kira model perniagaan, cara-cara menangani kekurangan pemandu, usul-usul bagi memperbaiki kebajikan pemandu, pendekatan teknologi, polisi dan syarat-syarat pelesenan serta  peningkatan mutu terminal dan infrastruktur.

Makmal Bas itu akan dilaksanakan pada bulan hadapan dan akan melibatkan penglibatan serta pandangan pihak berkepentingan di dalam industri termasuk orang awam daripada seluruh Semenanjung Malaysia.

Beliau turut menggesa wakil media dan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi sementara menunggu hasil siasatan yang akan menentukan tindakan seterusnya.

“Kerajaan melalui agensi-agensi yang berkaitan akan terus bekerjasama dengan pengendali bas ekspres, persatuan-persatuan, agensi dan pemegang kepentingan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bas ekspres serta keselamatan penumpang”, tambah Datuk Seri Hajah Nancy lagi.

Beliau turut memberi amaran kepada semua syarikat bas ekspres agar memberikan keutamaan kepada semua aspek keselamatan pemanduan dan keselamatan penumpang. Ini termasuklah melakukan pemeriksaan terhadap keadaan pemandu sebelum memulakan perjalanan lebih-lebih lagi menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

“Saya telah mengarahkan SPAD untuk menggandakan audit berasaskan risiko (risk based auditing) ke atas pengendali-pengendali bas ekspres bagi memastikan pematuhan ke atas Kod Amalan Industri SPAD-Keselamatan (ICOP) dilaksanakan demi keselamatan penumpang.

Menurut beliau, ICOP Keselamatan SPAD secara jelas telah mempertanggungjawabkan pengendali bas ekspres untuk memastikan segala aspek pengurusan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan dilakukan secara betul dan berkala.

Malah, pekeliling berkenaan turut menitikberatkan aspek pematuhan kepada had kelajuan yang merupakan salah satu agenda keselamatan yang paling kritikal dan harus dipantau oleh pengendali setiap masa.

Beliau turut menyatakan bahawa terdapat pengendali bas ekspres yang boleh dijadikan contoh bagi meningkatkan tahap prestasi industri berdasarkan rekod perkhidmatan dan keselamatan yang cemerlang. Selain daripada ICOP Keselamatan, adalah menjadi tanggungjawab bersama agensi-agensi Kerajaan berkaitan untuk terus bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing bagi memastikan keselamatan industri bas ekspres.

Datuk Seri Hajah Nancy turut menambah, orang ramai serta penumpang bas ekspres juga boleh membantu mengelak berlakunya insiden tidak diingini dengan membuat aduan menerusi nombor hotline 24 jam SPAD (1-800-88-7723) atau emel kepada aduan@spad.gov.my atau melalui Twitter kepada @aduanSPAD sekiranya mendapati pengendali bas tidak mematuhi undang-undang serta keadaan pemandu yang membimbangkan. Malah penumpang juga boleh terus membuat aduan ketika dalam perjalanan sekiranya mendapati pemanduan adalah tidak selamat agar pihak SPAD dapat terus membuat tindakan segera.

No comments:

Post a Comment