Sunday, January 1, 2017

Menjawab Kebodohan Malaysiakini dan Macai Pembangkang isu Jet Kerajaan


AKTA 237, AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980  menyebut mengenai hak-hak dan keistimewaan anggota pentadbiran kerajaan ( kabinet) dan ahli parlimen.  Didalamnya termaktub jelas mengenai gaji, elaun keraian, kenderaan rasmi, pinjaman perumahan/ kenderaan, pelantikan pegawai, pengawai keselamatan, bayaran bil rumah dan pejabat parlimen, bercuti dalam & luar negara, tuntutan perjalanan harian dan macam-macam lagi.




Bagi anggota kabinet dari PM hingga Timbalan Menteri kemudahan cuti luar negara mereka layak setahun sekali menggunakan kemudahan itu. Tiket dan beberapa org anak ditanggung, penginapan, bil tertentu ditanggung kerajaan. Menteri pergi cuti atau tak pergi mereka boleh tuntut kembali kos cuti luar negara sebagai ganti ( Kos paling jauh London- pernah satu ketika pekeliling kerajaan hanya negara Asean paling jauh Laos). 

Apatah lagi kalau melibatkan  PM dan TPM mereka ada kelayakan tertentu termasuk menaiki pesawat kerajaan. Ia termasuk melindungi keselamatan PM dan keluarganya semasa bercuti. PM cuti ke tak cuti ke dia tetap seorang PM. 

Kau ingat kalau Pakatan memerintah dia pinda tak peraturan dan kelayakan ni? dia menang Selangor dan Pulau Pinang pun mereka pinda Akta untuk naikkan gaji MB, KM, Exco dan Adun. Relaklah...

Pandangan sayalah. Jangan marah pulak. -Jabdin Juhat

No comments:

Post a Comment