KL CHRONICLE: Mahathir Dakwa CIA "Demonize" Dia, Mahathir "Demonize" Najib Tidak Apa Pula?

Thursday, January 26, 2017

Mahathir Dakwa CIA "Demonize" Dia, Mahathir "Demonize" Najib Tidak Apa Pula?


Pendedahan skandal BMF oleh Central Intelligence Agency, CIA yang mensabitkan Tun Mahathir , sebenarnya bukan sahaja mengejutkan Tun Mahathir, bahkan ia mengejutkan mereka mereka yang Pro Najib juga.

Siapalah sangka dasar CIA mendedahkan infomasi dan fail mereka ikut SOP yang memastikan file di “declassified” setelah mencecah 25-30 tahun  termasuklah skandal BMF.

Pendedahan CIA tidak sama dengan DOJ, yang ramai tahu ia terhasil dari kerja belakang yang dibuat oleh kuncu kuncu Tun Mahathir.



Satu isu mengikut dasar, satu isu lagi kerana di upah.

Jika betul dakwaan Mahathir CIA mahu "demonize" (memburukkan) dirinya, sila pergi ke Amerika Syarikat dan saman CIA. Hantarlah Matthias Chang, Khairuddin dan Husam Musa ke sana.

Kita boleh lihat cara Mahathir melepaskan dirinya dalam isu BMF seperti ular yang tersepit.

Mahathir tidak menjawab isu, tidak memberikan fakta kes, tidak memberikan hujah tangkis dakwaan CIA itu. 

Mahathir hanya menyebut CIA mahu memburukkannya, maka tertumpulah orang kepada kerja jahat CIA. Mahathir cuma buat "positive framing" untuk pertahankan dirinya. Ini sebenarnya kifarah.

Mungkin jika disiasat kembali kes BMF ini maka "clue" baru mungkin akan muncul

“Honestly, i have reached the limit of my patience here. The problems in Hong Kong are not my making. And from today onwards, I am going to think of myself and my family first. They must know that i have had enough and i mean it” ini ayat yang ditulis oleh Jalil Ibrahim dalam diarinya.

Jalil Ibrahim, orang Melaka berusia 35 tahun, mempunyai empat orang anak didapati terbunuh selepas tidak bersetuju untuk meluluskan pinjaman tambahan USD$4 juta kepada Carrian Group.  

Sebelum itu, Jalil Ibrahim telah mengesyaki wang sejumlah USD$2.5 billion yang  disalurkan Bumiputera Malaysia Finance (BMF) kepada Carrian Group mempunyai transaksi yang meragukan.

Mak Foon Than yang dihukum sebagai individu bersalah dalam pembunuhan Jalil 
mengakui dia bertugas mengutip wang dan diarahkan oleh orang kenamaan dari Malaysia. Nama orang kenamaan tersebut didedahkan oleh Mak kepada pegawai penyiasat.

Henry Chin, yang juga rakan sejawat Jalil Ibrahim enggan tampil di mahkamah dan memberikan keterangan pada awalnya kerana mempercayai nyawanya mungkin dalam taruhan.

Lorrain Esme Osman, pegawai tertinggi BMF juga tidak bercakap tentang kes ini. Bermakna ada misteri yang tidak terungkai bila Henry Chin, Mak Foon Than dan Lorrain tidak bercakap hal sebenar tentang kes kematian Jalil dan kehilangan duit USD$2.5 billion BMF.

Sekian lama Mahathir nafi terlibat dalam skandal BMF ini. 6 Mac 2015, Mahathir bercakap dalam Malaysiakini menafikan.
Namun pendedahan laporan CIA menyatakan Mahathir terlibat sama. 

Laporan CIA itu mengatakan kedudukan Mahathir sebagai Perdana Menteri dalam keadaan bahaya disebabkan skandal rasuah kerana reputasi Bank Bumiputera milik kerajaan tercemar oleh operasi BMF, anak syarikat Carrian Group milik sepenuhnya di Hong Kong, “yang dipertikaikan.”
“Keterangan bukti menunjukkan skandal itu terkait dengan pentadbiran Mahathir. Sebagai bank milik kerajaan, Bank Bumiputera dipantau secara dekat oleh Kementerian Kewangan dan bank pusat dan tidak ada keputusan penting dibuat tanpa persetujuan atau pengetahuan mereka,” kata laporan CIA itu.

Ketika kes liwat Anwar, bersungguh sungguh Anwar mahu seret Mahathir masuk ke mahkamah. Tetapi dengan pelbagai cara Mahathir mengelak.

Kerana ini, Mahathir menjawab Anwar sengaja mahu menyeret dirinya ke mahkamah untuk kerja “diversion” dari kes liwat kepada kes “konspirasi”.

Pandai pula Mahathir bercakap begitu, namun kini sebaliknya pula yang terjadi. Sudahlah tidak menjawab isu dan skandal BMF, tetapi terus sahaja menuduh CIA mahu “demonize” dirinya.

Maka Mahathir akan beranggapan lupalah orang untuk bertanya pembabitannya dalam skandal BMF.

Selain itu Mahathir juga menyatakan ini semua bermotif politik. Bodoh apakah yang melanda Mahathir?

Sepanjang hayatnya kisah politik sahajalah yang ada.

Mustahillah pendedahan CIA itu bermotif sukan atau berbudaya pula.

Persoalannya , serangan Mahathir kepada isu perniagaan 1MDB bukan bermotif politikkah? 

Tujuan akhir serangan 1MDB adalah untuk jatuhkan Najib dan kejayaan politik itu mahu diraikan dengan segelas arak, itu yang didedahkan oleh Xavier Justo.

Inilah Mahathir, dengan jawapan berbelitnya dan juga putar alamnya mengambil kesempatan terhadap orang atas pagar dan tiada berpengetahuan terhadap kisah lampaunya.

Atas sebab sama jugalah agaknya parti Pribumi amat mengalakkan Syed Saddiq sebagai Ketua Armada  mencari keahlian baru yang menumpu orang muda dan belia.

Malah dengan bangga  Syed Saddiq mengisytiharkan golongan orang muda menjadi 40% komposisi keahlian Parti Pribumi.

Kerana golongan muda ini masih mentah dan jahil tentang skandal skandal Mahathir.

Berbalik kepada jawapan Mahathir untuk melepaskan tengkuknya yang kini semakin terjerut, Mahathir terlupa untuk memberitahu orang ramai bahawa , CIA juga melepaskan 13 juta helaian dokumen lama yang sudah melepasi tempoh simpanan.

Apakah jumlah dilepaskan itu untuk "demonize" orang lain juga? Ya, semua kena termasuklah Fidel Castro, Hugo Chavez, Ronal Reagan dan Muamar Gaddaffi.

Kepada mereka yang tergolong sebagai katak bawah tempurung , senanglah dibahan, tetapi kepada yang sedikit cerdik, mereka akan menyiasat dengan rajin meng "google" sendiri maklumat untuk menambah pengetahuan.

Dengan ini mereka akan tahu, hal hal kepimpinan  Cuba , kerajaan Cina juga termasuk dalam dokumen yang sudah sampai tempoh simpanan.

Kepada Mahathir kita ingin bertanya , kerja awak mencipta tuduhan dan dakwaan untuk Claire Brown dan WSJ serta media dunia yang diupah oleh talibarut kamu bukan kerja “demonize” kah?

Mengenakan Datuk Seri Najib dengan menggunakan “rouge media” seluruh dunia bukan kerja “demonizing” kah?

Apa jenis manusiakah Mahathir ini? Apa yang dikenakan kepada orang lain seperti DS Najib tidak mengapa , apa yang kena pada dirinya dikatakan sebagai kerja “demonizing”.

Sebenarnya telah diketahui, kerja mahu mempercepatkan proses mengganti Perdana Menteri adalah atas sebab takut perkara perkara seperti ini akan muncul. 

Tambah lagi ramai orang yang pernah dianayai dan dizalimi ini ditakuti akan membalas dendam melalui Perdana Menteri Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib maka sebelum ini terjadi. 

 Maka mempercepatkan proses mengantikan Perdana Menteri kepada yang selamat iaitu anak sendiri ada lah yang sepatutnya dia lakukan. Supaya rahsia dan misteri itu ditutup dan tidak timbul kembali untuk diperbincangkan.

Tulisan : 
Beruang Biru
BB249, Khamis
26 Januari 2017

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget