Wednesday, January 18, 2017

Haji 1MDB Tak Mabrur, Bila Mahathir Nak 'U-Turn'?



TUN Dr Mahathir Mohamad dah menunjukkan sikap sebenarnya sebagai juara 'U-Turn'. Selain terkenal dengan sikap 'super ego' dan 'Mahafiraun', Dr Mahathir juga sudah berulang kali cuba menjilat ludahnya semula sepanjang bergelar ahli politik.

Selepas membuat 'U-Turn' dalam isu-isu seperti Anwar Ibrahim bersalah meliwat, Lim Kit Siang rasis, George Soros sebagai punca ringgit lemah dan menentang demonstrasi jalanan, kini Dr Mahathir 'halalkan' pula BR1M sebelum dikatakan rasuah.



Hanya bertahan 23 hari sahaja Dr Mahathir menganggap BR1M itu suatu rasuah yang salah disisi undang-undang dan agama, selepas menerima pelbagai tentangan, maka terpaksalah kaedah 'U-Turn' menjadi pilihannya.

Sekarang Dr Mahathir masih bertindak berdiam diri mengenai isu ibadah haji tajaan Yayasan 1MDB. Pada hari yang sama, Dr Mahathir bukan sahaja membuat 'fatwa' tentang BR1M sebuah rasuah kepada mereka yang miskin, malah turut menjatuhkan hukum tak mabrur bagi mereka yang mengerjakan Rukun Islam kelima itu melalui wang Yayasan 1MDB.

Walaupun 'empunya diri' iaitu 1MDB telah tampil menjawab pembohongan Dr Mahathir berkenaan, namun Pengerusi PPBM tersebut tetap ego mempertahankan tuduhan tidak berasasnya itu.

Malahan, Dr Mahathir juga mungkin lupa semasa Datuk Seri Mukhriz Mahathir bergelar Menteri Besar Kedah, anaknya itu turut mencadangkan 20 nama untuk Yayasan 1MDB bantu mengerjakan ibadah haji.

Soalnya, adakah 20 nama yang dicadangkan Mukhriz itu juga tidak diterima ibadahnya? Kenapa pula Dr Mahathir tidak mahu bersuara dalam perkara ini?

Kini, umat Islam masih ternanti-nanti bilakah saat dan ketikanya Dr Mahathir akan melakukan 'U-Turn' untuk isu haji tidak mabrur ini. Atau mungkin Dr Mahathir menunggu sesiapa yang mahu 'semak status' kemabruran haji mereka maka perlulah datang bertemu dirinya?

No comments:

Post a Comment