KL CHRONICLE: SPAD Gantung Alisan Golden Coach Atas Tragedi Kemalangan Bas

Tuesday, December 27, 2016

SPAD Gantung Alisan Golden Coach Atas Tragedi Kemalangan Bas


Kurang dari 24 jam kemalangan maut mengakibatkan hampir 14 orang penumpang terbunuh di Pagoh, Johor, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan kenyataan media dimana SPAD telah mengumumkan penggantungan Alisan Golden Coach dengan serta merta sehingga siasatan punca kemalangan selesai.


Bagi kami di #KLChronicle, tindakan SPAD adalah sangat tepat kerana bas ekspress merupakan satu pengangkutan awam dan nyawa orang ramai akan berada dalam bahaya jika mereka terus menaiki Alisan Ekspress yang dikendalikan oleh Alisan Golden Coach. 

Berdasarkan laporan akhbar seperti The Star dan sebagainya, kami difahamkan bahawa pemandu bas tersebut hanya mendapat rehat selama 3 jam selepas memandu dari Pulau Pinang ke Johor Bahru dan telah terpaksa meneruskan perjalanan pulang ke Pulau Pinang walaupun dalam kepenatan. 

Selain itu, lebih mengecewakan adalah apabila laporan akhbar mengatakan bahawa tidak ada pemandu No 2 didalam bas tersebut dan ini dengan terang menyalahi undang - undang yang dikeluarkan oleh kerajaan. 

Konklusinya, kami di #KLChronicle berharap pihak SPAD dan Polis dapat mengambil tindakan tegas terhadap syarikat Alisan Golden Coach supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Para pemilik syarikat dan pihak pengurusan harus bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget