Tuesday, December 20, 2016

Siapa Sebenarnya Calon TPM Pilihan DAP?


Beberapa hari lepas, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah mengumumkan nama Perdana Menteri sementara jika pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah sementara Timbalan Perdana Menteri sementara ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

DAP buat keputusan sendiri tanpa rujuk mana mana parti lain. Ini bermakna Kit Siang sendiri sudah ingkari janji yang mereka tandatangan pada  14 Disember 2016. Baru 6 hari dah langgar janji.



Jika Perdana Menteri sementara pilihan DAP ialah Dr Wan Azizah, orang ramai sudah maklum bahawa penggantinya nanti ialah suami Dr Wan Azizah sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh.

Anwar akan guna strategi yang sama pada 2008 dulu, minta Wan Azizah letak jawatan dan Anwar akan bertanding di tempat yang ditinggalkan itu. Namun perancangan itu nampak sukar kali ini.

Anwar hanya boleh bertanding semula pada 2023 iaitu pada usianya sudah 76 tahun. Tentu sekali sudah terlalu tua untuk menjadi PM. 

Bagaimana pula dengan Muhyiddin? Siapa sebenarnya akan menggantikan beliau selepas tamat tempoh interim sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kemungkinan yang paling layak yang difikirkan oleh DAP ialah anak kepada Kit Siang iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tetapi kerusi itu diberikan kepada Muhyiddin sementara beliau berdepan perbicaraan kes rasuahnya.

Yang berada sebelah Wan Azizah masa 14 Disember adalah Mat Sabu dan Guan Eng bukannya Muhyiddin. 

Namun Guan Eng kini adalah tertuduh dalam satu kes rasuah dan salah guna kuasa membeli sebuah banglo dengan harga jauh lebih murah dari harga pasaran di Georgetown, Pulau Pinang.

Kemungkinan juga Mat Sabu dipilih jadi TPM oleh DAP. Mat Sabu lebih dipercayai oleh DAP berbanding Muhyiddin. 

Selain Mat Sabu, individu seterusnya ialah anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu Datuk Seri Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah dan kini ialah Timbalan Presiden PPBM.

Ketika ini, orang ramai sudah nampak bahawa Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM amat rapat dengan Kit Siang apabila sering mucul dalam program Pakatan Harapan (PH) secara bersama-sama.

Jadi ini, di saat ini kemungkinan Kit Siang sebagai pemimpin DAP memberikan ruang kepada Mukhriz untuk menjadi TPM.

Kemudian, dua nama yang begitu popular di Selangor dan kerap dipalit kontroversi iaitu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua juga boleh dipilih untuk ke jawatan TPM.

Persoalan ini hanya DAP dan Kit Siang mampu menjawab berkenaan siapakah Timbalan Perdana Menteri yang DAP mahu untuk sebenarnya menggantikan Muhyiddin.

Pakatan pembangkang ini hanya berebut kuasa hendak jadi PM dan TPM sahaja. Tidak boleh dibenarkan mereka berkuasa di Putrajaya, bukan sahaja jawatan PM dan TPM yang akan mereka rebut tetapi Putrajaya akan hancur sama sekali. 

Mengapa hancur? Penang Institute dan Tony Pua sudah menyatakan bahawa hanya 400,000 sahaja penjawat awam yang sesuai berada di Putrajaya, yang lain akan diberhentikan dan dipecat jika pembangkang berkuasa. 

Ini bermakna lebih sejuta orang akan dipecat. Siapa yang akan mengisinya? Sudah tentulah jentera parti DAP dan PKR mahu mengisinya. 

Putrajaya akan jahanam kalau jatuh ke tangan DAP dan pakatan pembangkang. Jangan benarkan mimpi ngeri ini berlaku. 

Hendak  pilih calon PM dan TPM pun penuh dengan muslihat dan teka teki. Inikan pula mentadbir negara. Tolak pembangkang dalam PRU14, kekalkan BN di Putrajaya. 

No comments:

Post a Comment