Muhyiddin mempunyai cita-cita politik yang cukup besar – untuk menjadi Perdana Menteri dengan cepat. Di dorong oleh matlamat itulah, tidak ada apa yang tidak dilakukan Muhyiddin termasuk bekerjasama dengan Mahathir mencipta pembohongan terbesar abad ini, kononnya Datuk Sri Najib Tun Razak melesapkan wang sebanyak RM 42 billion.
Dikatakan orang, Muhyiddin juga ialah manusia yang membocorkan maklumat kewangan membabitkan sumbangan ikhlas dari Arab Saudi sebanyak RM 2.6 billion ke dalam akaun yang diwujudkan khas untuk tujuan tersebut dan kemudian berpura-pura terkejut dengan kebocoran tersebut. Orang katalah.
Sehingga di akhirnya, Muhyiddin – di atas pengkhianatannya itu, dipecat dari kerajaan dan UMNO. Dia kemudian meneruskan rancangan seterusnya iaitu dengan menubuhkan parti baru Pribumi Bersatu, bersama-sama Mahathir dan anaknya Mukhriz.
Buat sementara waktu, semuanya nampak berjalan lancar bagi Muhyiddin dan impian abadinya untuk menjadi Perdana Menteri terutama setelah semua parti pembangkang dalam Pakatan, bersetuju mengadakan kerjasama dengan Pribumi Bersatu.
Bagaimanapun pengumuman terbaru oleh Lim Kit Siang, mewakili DAP yang juga ketua sebenar dalam Pakatan Harapan bahawa Muhyiddin hanya akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (interim) disamping Wan Azizah yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri, menimbulkan persoalan.
Untuk apa Muhyiddin membuat segala macam kerja kotor semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kalau diakhrinya dia hanya akan diberikan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri – jawatan terakhir yang dia sandang sebelum dibuang?
Interim (sementara) pulak tu!!, itu namanya buang masa. Anwar Ibrahim dulu bekas TPM juga, dia tidak bercita cita hendak jadi TPM semula setelah masuk pembangkang. Anwar bercita cita jadi PM.
Politik Muhyiddin tidak akan ke mana mana. Silap silap jawatan TPM yang dijanji itu pun dia tak dapat. Siapa hendak beri jawatan pada parti yang hanya minoriti dan hanya ada 1 kerusi sahaja.
Muhyiddin dan parti pimpinannya ternyata tidak berdaya untuk membantah keputusan DAP tersebut. Muhyiddin tidak memberikan sebarang komen selepas beberapa hari kenyataan itu dibuat, membuktikan Muhyiddin lemah, tidak mampu lagi bercakap bila Kit Siang sudah buat keputusan.
Sehingga di akhirnya Muhyiddin dilihat sebagai lebai malang yang menerima pembalasan penuh dari Tuhan atas semua pengkhianatan dan kerja jahat terhadap Perdana Menteri dan UMNO yang dilakukannya selama ini.
Muhyiddin kena ingat ungkapan yang terlintas di fikiran Si Lebai Malang bila beliau dalam keadaan telanjang bogel selepas digigit burung punai, "kalau secupak, takkan jadi segantang, rezeki sudah sebanyak itu"
Konon lawan Najib sebab nak jadi Perdana Menteri tapi diakhirnya, jadi Timbalan Perdana Menteri jugak balik – sementara pulak lagi.
Mak Lebai pun meradang, sambil memegang kayu api yang ditujahkan ke belakang Si Lebai Malang, sambil berkata :
"Lebai nasib langkahan malang, ke hulu hilir penat berulang, celaka sial bedebah jembalang, pakaian dibuang bertelanjang pulang"
Inilah dia nasib yang menimpa Muhyiddin. Kisah Nika Gee, 1Bestari dan janji Kit Siang untuk jadi TPM sudah menjadikan Muhyiddin si Lebai Malang. Tiada kain untuk tutup kesipuan itu.
No comments:
Post a Comment