Thursday, December 15, 2016

J. Dhinagaran : Prof Ramasamy dinasihati supaya jangan terlalu yakin menjelang PRU 14



Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Profesor P Ramasamy dinasihati supaya jangan terlalu yakin dengan kemenangan pada dua Pilihan Raya Umum yang lalu.

Dalam satu kenyataan, J Dhinagaran, ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC menegas bahawa Pulau Pinang bukan lagi kubu kuat Pakatan Rakyat khususnya pengundi India sudah pun menjarakkan diri dengan DAP yang semakin meminggirkan kepentingan kaum India di Pulau Pinang.



*_“Janganlah lupa Pilihan Raya Umum yang akan datang bukan menjadi cabaran Barisan Nasional sahaja sebaliknya juga kepada Pakatan Rakyat”._*

“Apakah Ramasamy sudah lupa episod drama dimana parti gabungan Pakatan Rakyat, PKR dan Amanah tidak bersejutu dengan DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang, selepas Ketua Menteri Lim Guan Eng didakwa dengan kes rasuah?” tanya Dhinagaran lagi.

Menurut, tindakan PKR dan Amanah memulaukan pilihan raya mengejut membuktikan Pakatan Rakyat bukan lagi selesa di Pulau Pinang,” tambahnya.

Beliau mengulas demikian, susulan kenyataan Ramasamy yang mengatakan MIC kemungkinan akan hilang deposit sekiranya bertanding di DUN Perai pada PRU akan datang.

Ramasamy yang juga Adun Perai mengekalkan kerusi tersebut selepas menewaskan calon MIC masing-masing pada PRU 12 dan PRU 13 dengan majoriti 5,176 dan 7,959 undi.

Dalam pada itu, Dhinagaran menjelaskan bahawa menurut beberapa pemimpin DAP tempatan di DUN Perai mula berbisik kemungkinan Ramasamy tidak akan diberi peluang untuk bertanding pada PRU 14.

“Jadi, janganlah cuba memalukan parti lain,” kata beliau.

Dhinagaran turut mengakui bahawa rakyat Pulau Pinang khususnya pengundi India semakin kecewa dengan tindakan Ramasamy yang hanya memberi keutamaan kepada golongan tertentu sahaja.


Sumber: http://www.beritadaily.com/…/prof-ramasamy-dinasihati-supa…/

No comments:

Post a Comment