Monday, December 19, 2016

#DemiRakyat @LiowTiongLai Sasar tempoh masa tunggu tren KTM Komuter hanya 90 saat



Menyedari bahawa rakyat di Kuala Lumpur dan Selangor menggunakan perkhidmatan KTM Komuter untuk urusan harian mereka, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mensasarkan supaya masa menunggu perkhidmatan tren KTM Komuter dapat dikurangkan kepada 90 saat tidak lama lagi. Bagi merealisasikan impian ini, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.4 billion. 



Kelulusan RM 1.4 billion oleh kerajaan Barisan Nasional ini adalah untuk projek Klang Valley Double Track (KVDT) dimana apabila projek ini siap sepenuhnya, masa menunggu bagi perkhidmatan KTM Komuter akan dikurangkan dari 15 minit kepada hanya 7.5 minit pada waktu puncak. Ini sekaligus akan memendekkan masa perjalanan pengguna KTM Komuter.  

Bagi kami di #KLChronicle, kerajaan BN dibawah kepimpinan Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan negara mempunyai mod pengangkutan awam antara yang terbaik di dunia. Impian Perdana Menteri adalah supaya 40% rakyat di negara ini menggunakan perkhidmatan ini dan untuk merealisasikan impian ini, kerajaan telah berbelanja berbillion ringgit demi kesejahteraan rakyat. 

Malah, Transformasi Pengangkutan Awam yang dibawa oleh Perdana Menteri dan Datuk Seri Liow Tiong Lai kini sudah mula menampakkan hasil dengan siapnya MRT Fasa 1 diantara Sungai Buloh - Semantan. dimana  bagi bulan pertama perkhidmatan ini beroperasi, kerajaan telah menetapkan bahawa ianya adalah percuma bagi semua rakyat Malaysia. 

Konklusinya, Kementerian Pengangkutan dibawah Datuk Seri Liow Tiong Lai telah membuktikan bahawa mereka komited dalam menyelesaikan permasalahan rakyat dari segi pengangkutan awam. Perlu diingatkan juga Datuk Seri Liow Tiong Lai merupakan Presiden MCA dan walaupun parti beliau teruk diasak oleh parti rasis chauvinis DAP, namun mereka tetap terus bekerja demi kesejahteraan rakyat tanpa bermain politik jijik seperti DAP. 

Kami di #KLChronicle berharap masyarakat berbangsa Cina akan menghargai segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan BN dan Datuk Seri Liow Tiong Lai demi kesejahteraan rakyat dan seterusnya memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada BN pada PRU yang akan datang. 

No comments:

Post a Comment