KL CHRONICLE: Belum pun Boboi jadi Perdana Menteri, Dr Mahathir Sudah Mula Serang Istana

Monday, December 12, 2016

Belum pun Boboi jadi Perdana Menteri, Dr Mahathir Sudah Mula Serang Istana


Agenda peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadikan anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri, bukan rahsia lagi dan ia menjadi punca kenapa beliau berterusan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan itu sahaja, beliau turut bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP untuk mengguling Najib dan kerajaan Barisan Nasional.



Namun serangan demi serangan itu diketahui gagal, bak kata Najib yang juga presiden UMNO bahawa Mahathir mempunyai `super ego' yang kuat.

``Kalau dia bertarung dia mesti nak menang, cuba nak menang. Sekarang dia tak berjaya dia akan lebih agresif dengan kata-kata dan sebagainya," katanya pada program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 lalu.

Dan kini ternyata kata-kata Perdana Menteri itu betul apabila Mahathir lebih agresif menyerang pihak Istana Negara pula ketika anaknya belum pun menjadi Perdana Menteri.

Beliau mendakwa pihak Istana sudah menjadi alat politik Barisan Nasional (BN) dan Najib ekoran undangan untuknya menghadiri Istiadat Menandatangani Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong yang baru di Istana Negara, esok, ditarik balik. 

Inilah sifat 'super ego' yang dikatakan itu. Mahthir mahu sentiasa dilihat sebagai pemenang dalam apa jua isu termasuklah dalam soal jemputan sehingga sanggup menyerang pihak Istana Negara.

Mahathir tidak mengira siapapun lawannya sebaliknya beliau akan terus menyerang termasuk dengan kata-kata sinis dan jelek.

Sedangkan dalam isu pembatalan undangan itu, sebarang urusan termasuk soal undangan ataupun menarik balik surat terbabit adalah hak pihak Istana Negara.

Begitu juga dengan urusan pemberian pingat, di mana menjadi hak Raja-raja sama ada mahu mengurniakan pingat atau menariknya. 

Ia bukan kali pertama beliau membuat komen berbaur sindiran  malah sebelum ini, Mahathir pernah menuduh Yang di-Pertuan Agong menjadi tahanan dalam rumah selepas gagal mendapat perkenan untuk menyerahkan lebih sejuta tandatangan bagi menuntut Najib meletakkan jawatan.

Bagaimanapun Deklarasi Mahathir itu tidak berhasil kerana ia tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan sehingga ditolak oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget