Saya menyambut baik nasihat yang diberikan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad semalam ketika majlis sambutan sempena 100 hari beliau bertugas di SPRM. Dua nasihat paling penting dari beliau adalah:
1. Khazanah dan harta negara itu adalah hak rakyat
2. Jangan khianati amanah rakyat.
Saya berpendapat nasihat yang diberikan oleh beliau adalah konsisten dengan prinsip yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib bin Tun Abdul Razak. Ini kerana sepanjang pentadbiran Perdana Menteri, khazanah dan harta negara serta semua pendapatan yang kerajaan terima dari hasil cukai dan sebagainya dibelanjakan kembali demi kesejahteraan rakyat. Ini dapat dilihat melalui projek pembangunan yang dibawa oleh Perdana Menteri seperti LRT line extension, MRT, Pan Borneo Highway, East Coast Rail Line (ECRL) dan sebagainya.
Kedua sudah pastinya apabila kerajaan Barisan Nasional dipilih pada PRU yang lepas, kita telah diberi amanah oleh rakyat untuk mentadbir negara. Amanah ini digunakan sebaik mungkin dan sehingga hari ini, hampir 7 tahun pentadbiran Perdana Menteri tidak ada satu pun pemimpin BN dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah. Ini berbeza dengan pembangkang dimana Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Ini jelas menunjukkan beliau telah mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat.
Konklusinya, saya yakin kerajaan Barisan Nasional di bawah pentadbiran Perdana Menteri akan terus mendokong prinsip - prinsip pentadbiran yang baik dan berintegriti seperti yang dilakukan sekarang tanpa sebarang kompromi.
*_Datuk Seri S. Vell Paari_*
No comments:
Post a Comment