Kenyataan Media
RAPID RAIL NAIK TARAF LANDASAN LRT PWTC – TITIWANGSA
KUALA LUMPUR, 5 November – Rapid Rail Sdn Bhd - pengendali perkhidmatan LRT dan
Monorel Rapid KL, akan menjalankan kerja-kerja menaik taraf landasan LRT Laluan Sri
Petaling antara stesen PWTC dan Titiwangsa bermula Selasa (8 November) ini.
“Kerja – kerja penggantian trek ini akan dijalankan pada waktu malam selepas waktu
operasi antara 1 pagi hingga 4 pagi sehingga 22 November 2016,” menurut kenyataan
media yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini.
Di bawah kerja-kerja penaikan taraf yang akan dijalankan secara beperingkat itu, besi
landasan yang lama akan dipotong dan digantikan dengan yang baru. Segala kerja
akan dipantau dengan teliti oleh anggota jurutera Rapid KL bagi memastikan segala
kerja dijalankan dengan baik dan mengikut prosedur bagi menjamin tiada sebarang
gangguan pada servis LRT pada siang hari.
“Ketika tempoh ini, pergerakan tren di antara dua stesen ini akan diperlahankan. Ini akan
menyebabkan masa menunggu akan bertambah kira-kira satu minit. Prosedur
memperlahankan pergerakan tren ini terpaksa dilakukan sehingga kerja-kerja
penggantian trek siap sepenuhnya demi menjamin keselamatan para penumpang,”
menurut kenyataan itu lagi.
Untuk sebarang pertanyaan, para pengguna disarankan menghubungi talian bantuan
Rapid KL di talian 03-78852585 atau ikuti status terkini perkhidmatan Rapid KL di Facebook
dan twitter Rapid KL.
- Tamat -
No comments:
Post a Comment