Anggota Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli patut menyalahkan dirinya sendiri kerana disabitkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau berkata, Rafizi cuba mencari publisiti murahan untuk kepentingan politik peribadi tetapi dia secara sedar melakukan kesalahan yang serius dengan berbuat demikian, oleh itu, adalah wajar beliau menanggung akibatnya.
"Rafizi telah memfitnah lawannya tanpa menjalankan usaha yang sewajarnya dan menghormati undang-undang negara. Kali ini dia secara sengaja dan sedar melanggar undang-undang.
"Polis telah menyiasat dan pendakwa raya bersetuju bahawa ada kes. Rafizi telah dibicarakan dan didapati bersalah, yang memang itu menjadi matlamatnya selama ini. Dia mahu dipenjarakan supaya dia boleh menonjolkan dirinya sebagai wira politik," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) berkata Rafizi telah berkali-kali diberi amaran bahawa dia mungkin melanggar OSA jika membocorkan mana-mana kandungan laporan tetapi dia memilih untuk terus berbuat demikian.
Abdul Rahman berkata: "Tiada negara boleh berfungsi jika ada orang sengaja melanggar undang-undang dan dibenarkan terlepas daripada tindakan. Adakah Rafizi fikir bahawa dia mengatasi undang-undang? Bahawa undang-undang itu terpakai kepada pengundinya tetapi tidak kepadanya?".
Salahuddin Ayub - Kepada sahabatku Rafizi Ramli
ReplyDeleteKepada sahabatku Rafizi Ramli
Saudara telah melakukan sesuatu yang benar dalam melunsuri jejak kebenaran yang menjadi teras dalam perjuangan Islam.
Sebagai seorang Islam saya merasa malu kerana mungkin keberanian saya tidak seperti saudara yang bersungguh dalam menentang kezaliman pemerintah negara ini.
Denyutan perjuangan saudara terasa benar desirannya dihati rakyat diluar sana kerana saudara beramal dengan apa saudara yakin.
Saudara tidak pernah bersengama dengan kezaliman walaupun lidah saudara tidak petah berkuliah dengan berjuta nas dan fatwa.
Saya akan terus belajar dari nafas perjuangan saudara kerana saudara adalah penafsir kalam yang mulia.
Salahuddin Hj Ayub