KL CHRONICLE: MIC Batu Kawan Buat Laporan Polis Terhadap Professor P Ramasamy kerana memfitnah

Thursday, November 17, 2016

MIC Batu Kawan Buat Laporan Polis Terhadap Professor P Ramasamy kerana memfitnah


17hb November 2016
*Kenyataan Media*
*S. Ramalingam*
*Pengerusi*
*Malaysian Indian Congress (MIC)*
*Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang*

*Laporan Polis Terhadap Timbalan Ketua Menteri - 2 Pulau Pinang Professor P. Ramasamy*

1. Hari ini satu laporan polis telah dibuat oleh saya, selaku Pengerusi Malaysian Indian Congress (MIC) Bahagian Batu Kawan, terhadap Timbalan Ketua Menteri - 2 Pulau Pinang dari parti DAP iaitu Professor P. Ramasamy kerana telah memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak konon nya telah mengambil wang rakyat sebanyak RM 2.6 Billion.



2. Kenyataan fitnah dan tidak bertanggungjawab oleh Professor P. Ramasamy ini dilakukan pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali DUN Prai pada 12 November 2016 yang lalu. Segala bukti - bukti tentang perkara ini telah saya serahkan kepada pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut. 

3. Saya berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan segera dan terperinci terhadap Professor P. Ramasamy dibawah Akta Hasutan 1948 dan undang - undang berkaitan yang lain. Ini kerana pada majlis Deepavali tersebut beliau dengan jelas dan terang telah menghasut rakyat dengan melakukan satu fitnah supaya rakyat benci dan marah terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan. 

*Tamat*

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget