KL CHRONICLE: @LiowTiongLai : Denda AES dikurangkan kepada RM 150

Thursday, November 17, 2016

@LiowTiongLai : Denda AES dikurangkan kepada RM 150


Menyedari bahawa kadar saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikenakan sebelum ini adalah tinggi pada kadar RM 300 sebulan, kerajaan telah menetapkan bahawa kadar saman AES akan dikurangkan menjadi hanya RM 150 dan berkuat-kuasa serta merta. Keputusan ini telah diambil dan dipersetujui oleh kabinet semasa mesyuarat baru - baru ini. 



Memetik kata  - kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, beliau juga telah mengesahkan bahawa saman AES yang dikenakan sebelum ini masih sah dan para pesalah harus membayar saman yang dikenakan, namun jumlah kompaun adalah RM 150 dan bukan RM 300 seperti sebelum ini. Ini menunjukkan kerajaan memberikan diskaun sebanyak 50% terhadap saman AES. 

Bagi kami di #KLChronicle, usaha yang diambil oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai dan kementerian beliau wajar diberi pujian. Ini kerana beliau faham tentang permasalahan yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini dan cuba untuk membantu sedaya yang boleh. Atas hasil usaha beliau, saman AES telah berjaya dikurangkan sebanyak 50% dan sudah pastinya ini sesuatu perkara yang menggembirakan. 

Sudah pastinya, bagi pengkritik kerajaan, saman AES ini merupakan satu perkara yang tidak diperlukan. Bagi mereka, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan adalah salah dan harus dikritik namun kritikan ini tidak langsung berlandaskan fakta. Jika kita lihat, kadar kemalangan dan kematian jalan raya terus berlaku dengan lebih daripada 6,000 kematian direkodkan setiap tahun sejak 10 tahun lepas.

Malah, melihat kepada statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan:
  1. Jumlah kemalangan jalan raya pada tahun 2015 telah meningkat kepada 489,606 berbanding 476,196 tahun 2014.
  2. Jumlah kemalangan maut pula mencatatkan 6,193 kemalangan bagi tahun 2015 berbanding 6,187 pada tahun 2014.
  3. Jumlah kematian juga menunjukkan peningkatan bagi tahun 2015 dengan 6,706 kematian berbanding 6,674 pada tahun 2014.
  4. Ini menunjukkan kadar kematian di jalan raya adalah lebih daripada 18 orang setiap hari.
  5. 60% daripada kematian tersebut merupakan pengguna motosikal.
  6. Bagi tempoh perayaan Tahun Baru Cina 2015,  sebanyak 17,632 kemalangan yang melibatkan 199 kematian telah direkodkan.
Ini membuktikan bahawa kemalangan jalan raya merupakan antara pembunuh no 1 di negara ini. Untuk menyelesaikan masalah ini, kerajaan memperkenalkan AES yang pada mulanya saman dikenakan pada kadar RM 300. Namun hasil usaha YB Menteri Datuk Seri Liong Tiong Lai, ini berjaya dikurangkan kepada RM 150 dan untuk mengurangkan beban rakyat. Bagi kami, ini adalah satu win - win situation dimana sebab AES rakyat boleh memandu dengan lebih selamat dan kadar kompaun yang dikenakan juga berpatutan. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget