KL CHRONICLE: @JDhinaPG : Tindakan@sateesdapsypg Biadap & Kurang Ajar

Sunday, November 6, 2016

@JDhinaPG : Tindakan@sateesdapsypg Biadap & Kurang Ajar




*Kenyataan Media*
*J. Dhinagaran*
*Malaysian Indian Congress (MIC)*
*Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC)*

Beberapa jam yang lepas, rakyat Pulau Pinang dikejutkan dengan satu kenyataan di akaun Facebook seorang individu yang telah memberi amaran kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ekoran kenyataan baginda yang tidak membenarkan sebarang demonstrasi dilakukan di negeri Johor.




Selepas disiasat akaun tersebut, saya amat terkejut apabila akaun tersebut milik seorang lelaki yang bernama Satees Muniandy yang merupakan Setiausaha Peribadi kepada Timbalan Ketua Menteri P.Pinang,Profesor P.Ramasamy. Malah, Satees Muniandy juga merupakan seorang Ahli Majlis di Majlis Perbadaran Seberang Perai (MPSP) yang dibayar oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. 

Sebagai seorang pemimpin masyarakat India di Pulau Pinang, saya malu dengan tindakan biadap dan kurang ajar Satees Muniandy yang tidak menghormati institusi Raja - Raja Melayu di negara ini dan sanggup memberi amaran kepada DYMM Tuanku Sultan Johor. 

Saya mendesak supaya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya memecat Satees Muniandy dari jawatan beliau sebagai Ahli Majlis MPSP kerana dengan terang beliau telah menderhaka kepada institusi DiRaja yang jelas termaktub dalam rukun negara iaitu *Kesetiaan Kepada Raja & Negara*. Malah Satees Muniandy juga wajar dipecat dari DAP kerana dengan terang apa yang beliau lakukan telah derhaka kepada DYMM Sultan Johor. 

Jika Lim Guan Eng tidak mengambil apa- apa tindakan,ianya akan memberikan persepsi buruk kepada rakyat bahawa kenyataan Satees Muniandy ini merupakan satu kenyataan yang mendapat persetujuan DAP & kerajaan negeri.

Kepada Profesor P. Ramasamy, mengapa anda diam seribu bahasa didalam isu Satees Muniandy ini. Adakah anda juga bersetuju dengan kenyataan biadap dan kurang ajar yang dikeluarkan oleh sebab itu tiada sebarang tindakan diambil terhadap Setiausaha Peribadi anda? 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget