Baru - baru ini, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah mengeluarkan satu kenyataan yang telah menarik perhatian kami di pasukan editorial #KLChronicle. Antara initipati penting kenyataan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong adalah bahawa MCA, sebagai sebuah parti politik di Malaysia parti rasis dan tidak berjuang untuk satu kaum sahaja iaitu kaum Cina.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden MCA ini disokong oleh satu fakta yang tidak dapat disangkal iaitu sejak sebelum merdeka lagi, MCA telah bekerjasama dengan UMNO dan Malaysian Indian Congress (MIC) di bawah satu perikatan. Ini membuktikan bahawa pemimpin terdahulu MCA juga sedar akan pentingnya kesepakatan antara pelbagai kaum di Malaysia bagi memastikan keharmonian antara kaum terjamin.
Namun malangnya, apa yang dilakukan oleh MCA ini sering dikritik oleh DAP, yang kononnya MCA tunduk kepada kepimpinan UMNO didalam Barisan Nasional (BN). Ini merupakan satu fitnah jijik yang dijaja oleh DAP untuk memecahkan masyarakat berbangsa Cina khasnya dan rakyat Malaysia secara amnya. Jika dilihat dari "track record" kerajaan, Barisan Nasional yang telah memperkenalkan pelbagai program dan agenda untuk menyatu padukan rakyat di negara ini. Terbaru adalah konsep #1Malaysia.
Malangnya, konsep yang dipelopori oleh kerajaan BN untuk membawa masyarakat kita bersatu - padu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain dibidas oleh DAP. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pemimpin chauvinis DAP tidak pernah berusaha untuk menyatu-padukan rakyat di negara ini kerana mereka tahu, jika rakyat hidup dengan aman dan gembira, DAP tidak mungkin akan menang didalam pilihan raya.
Oleh itu, DAP menggunakan pendekatan rasis, menghina agama Islam dan mengkucar-kacirkan negara bagi mendapat sokongan dari segelintir masyarakat di negara ini yang berfikiran cetek dan sempit. Akibat sokongan ini, DAP telah besar kepala dan mula bersikap kurang ajar. Oleh sebab itu jika dilihat, DAP hanya berani bertanding di kawasan majoriti Cina dan bukan di kawasan campuran kerana mereka tahu mereka pasti akan kalah.
Ini berbeza dengan MCA yang bertanding di kawasan campuran seperti di Bentong, Pahang dan Ayer Hitam di Johor dan membuktikan bahawa mereka mendapat sokongan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Namun, adakah DAP berani melakukan sedemikian? Sudah semestinya tidak kerana DAP merupakan satu parti yang rasis yang mengharapkan undi rakyat berbangsa Cina sahaja.
No comments:
Post a Comment