KL CHRONICLE: Teori Bagaimana @AzminAli Boleh Jadi Perdana Menteri

Thursday, October 6, 2016

Teori Bagaimana @AzminAli Boleh Jadi Perdana Menteri


Dalam gerakan untuk menukar Menteri Besar Selangor yang menggunakan nama `Langkah Kajang' dulu, tiada siapa pun menyangka akhirnya Azmin Ali yang akan dipilih ke jawatan tersebut.



Pada awalnya percaturan tersebut adalah untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim dan kemudian isterinya, Wan Azizah Wan Ismail. Namun disebabkan pelbagai halangan yang terpaksa dilalui, akhirnya nama Azmin yang tiada dalam senarai telah ditabalkan sebagai Menteri Besar.

Ada pihak menyatakan bahawa ia sebenarnya adalah satu rancangan sulit  sejak dari awal untuk menjadikan Azmin sebagai Menteri Besar.

Kini nama Azmin kembali diperkatakan apabila politik nasional menyaksikan pengumuman yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad ( atas kapasiti apa pun kita tidak tahu) bahawa jika Pakatan Harapan menang  pilihan raya umum (PRU14), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dijadikan Perdana Menteri.

Mahathir mengumumkan nama itu kerana mahu menghalang Anwar daripada menjadi calon Perdana Menteri walaupun beliau  tahu kebijaksanaan Anwar berbanding Muhyiddin yang dikenali sebagai lembab dan tidak pandai buat kerja.

Pengisytiharaan Mahathir itu bagaimana pun mendapat halangan daripada pelbagai pihak dalam Pakatan Harapan kerana mereka mahukan Anwar, bukannya Muhyiddin.

Ada antara mereka melihat cubaan Mahathir itu sebagai tiada `carry weight' kerana Mahathir bukan mewakili mereka hingga mengakibatkan perbalahan sesama mereka.

Yang memihak kepada Mahathir hanya Lim Kit Siang dan Azmin Ali, sedangkan Wan Azizah dan Nurul Izzah mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri.

Tidak berapa pasti pendirian pemimpin PAN, tetapi orang kata ia tidak mustahak kerana PAN hanya hamba abdi kepada DAP dan  apa DAP kata itulah kata PAN.

Lim Guan Eng turut menempelak Maria Chin dengan memperli akan kerjasama Maria Chin dengan Mahathir sekali gus bermakna Guan Eng pun tidak berpihak kepada Mahathir.

Ada orang kata Mahathir menamakan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri bukan kerana sayang kepada Muhyiddin, tetapi kerana sayang  kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

Jika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, maka beliau adalah alat “remote” yang mudah untuk disuruh dan diarah oleh Mahathir.  Perkara sama sudah pasti tidak dapat dilakukan jika Anwar menjadi Perdana Menteri.

Ketika nama-nama berkenaan dikaitkan sebagai calon Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan, ada yang melihat ia sebagai satu teori untuk menjadikan Azmin sebagai Perdana Menteri oleh Mahathir sekiranya Mukhriz gagal melaksanakan tugas dengan baik.

Mahathir tahu Azmin akan berpihak kepadanya apatah lagi selama ini Azmin dikatakan sebagai anak angkat bekas Perdana Menteri itu. Sebab itulah nama Azmin tidak disebut ketika ini, untuk mengalihkan perhatian ramai kepada calon lain dahulu.

Ini semua sudah ada dalam perancangan Mahathir. Sama ada Perdana Menteri itu dari pihaknya atau pihak Pakatan Harapan, Mahathir tetap mahu memastikan calon Perdana Menteri itu tunduk kepadanya.

Bagi mengelakkan perkara itu terjadi, pihak Wan Azizah pula dikatakan sedang cuba menghalangnya dengan membawa masuk semula Mohamad Ezam Mohd Nor yang terkenal dengan kisah `kotaknya' kembali kepada pangkuannya.

Andaian itu dibuat kerana ia dikatakan untuk `meneutralkan' pengaruh Azmin yang dikhabarkan sedang cuba menyingkirkan Wan Azizah sebagai Presiden PKR.

Jadi benarlah bagai dikata, di mana ada Mahathir, di situ pasti berlaku kelam kabut dan perpecahan. Kini PKR dan DAP pun sudah hampir berpecah. Di Sabah, pembangkang enggan Mahathir berada di kalangan mereka.

Di semenanjung pula , Pakatan Harapan pada awalnya hanya mahu mengguna dan memperalatkan Mahathir sahaja tetapi Mahathir dengan kebijaksanaannya telah `overstay'  malah menjadi de facto leader pula.

Mahathir mahu selamatkan harta dan kuasa melalui cengkaman kuasa Perdana Menteri, Azmin pula utamakan survival dirinya dalam PKR.

Kita boleh melihat sama ada Azmin mempunyai peluang menjadi Perdana Menteri atau tidak apabila tibanya PRU14 nanti. Jika beliau bertanding dua kerusi iaitu DUN dan Parlimen, maka sahlah teori itu.

Ini semua kata orang adalah Grand Design Barisan Rakyat apabila tiba PRU14 kelak.

Tulisan :
Beruang Biru
BB73, Khamis
6 Oktober 2016

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget