Sunday, October 23, 2016

@RazlanRafii bidas sikap pemimpin pembangkang keluar dewan #Bajet2017


Tindakan segelintir Ahli Parlimen  Pembangkang yang keluar daripada dewan semasa pembentangan Bajet 2017 oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak boleh diibaratkan serupa dengan orang zaman batu, zaman manusia tidak mempunyai tamadun.




Apabila bercakap mengenai soal kebebasan bersuara dan hak asasi manusia, lazimnya Pembangkang akan mempergunakan klausa ini untuk membidas kerajaan. Namun apa yang terjadi semalam, jelas membuktikan mereka bukan saja kumpulan yang bebal malah gagal erti memahami kebebasan bersuara.

Kita nak orang dengar cakap kita tapi dalam masa yang sama kita tak mahu mendengar cakap orang. Bagaimana kita nak meraikan perbezaan pandangan apabila mereka sendiri tidak masih tidak membenarkan diri memahami konsep ini.

Tambah mengecewakan apabila kalangan yang keluar dari dewan semalam merupakan wakil rakyat yang dipilih secara demokrasi bagi mewakili mereka di peringkat tertinggi.

Apa yang dibentangkan ini merupakan hasil dari permintaan rakyat untuk rakyat. Tanpa mengira rakyat latar belakang.

Inilah kualiti pemimpin yang menjadi pilihan oleh sebilangan rakyat. Bukan salah rakyat sepenuhnya tapi salah mereka yang rakus gilakan jawatan dan pangkat namun mendustai janji terhadap rakyat.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pemuda Barisan Nasional
Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment