Thursday, October 13, 2016

@MyRapidKL SIASAT INSIDEN BAS TERBAKAR DI WANGSA MAJU



Kenyataan Media
Untuk Siaran Segera

KUALA LUMPUR,  13 Oktober- Rapid Bus Sdn Bhd pengendali perkhidmatan bas Rapid KL di Lembah Klang ingin mengesahkan bahawa sebuah bas Rapid KL telah terbakar berhampiran pusat membeli belah Aeon Big Wangsa Maju.




Kejadian ini berlaku kira-kira jam 4 petang melibatkan bas laluan T521 (LRT Sri Rampai - Seksyen 10 Wangsa Maju). Insiden berlaku apabila bas berhenti secara tiba-tiba dan kapten bas terhidu bau asap. Lantas kapten bas menyuruh kesemua 6 penumpang di dalam untuk keluar dari bas tersebut.

Semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. Kebakaran ini telah menyebabkan kenderaan yang berada berhampiran lokasi turun rosak dijilat api. Rapid Bus memohon kepada pemilik kenderaan yang terlibat untuk menghubungi kami di talian bantuan 03-7885 2585 atau emel kepada suggest@rapidkl.com.my bagi tujuan tuntutan pampasan.

Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa bagi menyiasat punca kejadian serta kos kerugian. Keselamatan dan keselesaan penumpang adalah keutamaan kami dalam memberikan servis yang terbaik. Rapid Bus memohon maaf di atas insiden ini yang menyebabkan gangguan lalulintas disekitar lokasi.
-Tamat-

Dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia Berhad untuk Rapid Bus Sdn Bhd. Sebarang pertanyaan media sila hubungi Mohd Sofian Hilmi ditalian 0194601110 atau mohdsofian@prasarana.com.my

No comments:

Post a Comment