Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini membidas bajet alternarif yang dibentangkan oleh pihak pembangkang bagi tahun kewangan 2017 kerana tidak mempunyai asas yang kukuh.
Ini kerana menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, bajet pihak pembangkang lebih bersifat populis tanpa mengira keperluan kos pentadbiran negara. Contohnya dalam hal Goods and Service Tax (GST), pihak pembangkang mengumumkan mahu GST disifarkan (0%) tetapi mereka tidak menunjukkan sebarang cara untuk mempertambahkan pendapatan negara.
Malah, dalam Bajet 2017 pihak pembangkang, banyak menceritakan tentang kononya terdapat "ketirisan" dalam pentadbiran negara namun mereka tidak pula memberikan cadangan bagaimana untuk meningkatkan kebersanan pengurusan dan pentadbiran kerajaan.
Ini menunjukkan bajet pihak pembangkang hanya bermotif politik dan akan digunakan untuk memancing undi sesetengah kawasan untuk Pilihanraya Umum akan datang. Mereka akan menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat tetapi masalah air di Selangor sejak tahun 2008 pun masih tidak dapat diselesaikan.
Bagi kami di #KLChronicle, tujuan pembangkang mencadangkan kadar GST di letakkan kepada sifar - 0% adalah kerana jika menang PRU - 14 akan datang mereka boleh menaikkan semula kadar GST tersebut kepada 6% seperti sediakala. Jika pembangkang betul ikhlas, kenapa dalam bajet mereka tidak hapuskan sahaja GST.?
No comments:
Post a Comment