KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD arahkan KTMB cepatkan kerja baik pulih landasan laluan Utara - Selatan

Sunday, October 30, 2016

#DemiRakyat SPAD arahkan KTMB cepatkan kerja baik pulih landasan laluan Utara - Selatan


Menyedari bahawa ribuan pengguna perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) laluan sektor Utara dan Selatan terjejas akibat insiden kemalangan tren kargo yang yang telah tergelincir di km 200.332 berdekatan Stesen Batu Gajah baru - baru ini, pihak  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberi arahan kepada KTMB untuk mempercepatkan kerja baik pulih kerosakkan landasan kereta api supaya perkhidmatan kembali seperti sediakala demi kebaikkan pengguna.



Bagi kami di #KLChronicle, umum ketahui bahawa insiden kemalangan adalah sesuatu perkara yang tidak dirancang. Namun, jika ianya berlaku pihak yang bertanggungjawab contohnya KTMB haruslah cepat memainkan peranan dan bukan melengahkan masa sehingga menyusahkan para pengguna KTMB. Malangnya ini tidak berlaku dan KTMB dilihat tidak ada "mitigation plan" untuk menangani insiden ini. 

Secara operasinya, sebuah syarikat pengangkutan awam darat seperti KTMB harus mempunyai Emergency Response Plan (ERP) dan juga "mitigation plan" jika sesuatu kemalangan terjadi. Jika dilihat dari senario yang berlaku, kemalangan tren berlaku pada pukul 3.15 pagi. Ini sudah semestinya akan menghidupkan ERP sekaligus pasukan kecemasan KTMB dapat mengambil langkah - langkah untuk pergi ke kawasan kemalangan secepat mungkin. 

Pada masa yang sama, KTMB sudah pastinya tahu lokasi kemalangan dan akan juga tahu bahawa perkhidmatan laluan Utara - Selatan akan terjejas. Oleh itu KTMB sudah semestinya boleh menyediakan perkhidmatan bas untuk membawa penumpang ke destinasi. Namun, akibat lambat bertindak pengguna terpaksa menunggu selama berjam - jam untuk ke destinasi mereka. Ini sesuatu yang pihak pengurusan KTMB harus lihat dan perbaiki. 

Secara konklusinya, kami menyambut baik ketegasan pihak SPAD mengambil langkah awal dalam mengeluarkan kenyataan media dan mendesak pihak KTMB untuk mempercepatkan kerja baik pulih landasan laluan Utara - Selatan. Jika sebelum ini, tanpa ada SPAD dilihat pihak operator tidak mengambil peduli akan kesusahan yang dialami oleh pengguna namun kini dengan wujudnya SPAD, operator dilihat semakin takut dan memberi lebih perhatian kepada kehendak pelanggan/pengguna. 

Tahniah SPAD!

KENYATAAN PENUH SPAD:


28 Oktober 2016, Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberi arahan kepada KTMB untuk mempercepatkan kerja baik pulih kerosakkan landasan kereta api berikutan insiden kemalangan tren kargo yang yang telah tergelincir di km 200.332 berdekatan Stesen Batu Gajah pada jam 3.15 pagi hari ini.

Walaupun KTMB telah menyediakan perkhidmatan bas pengantara yang secukupnya untuk tujuan pemindahan penumpang antara stesen Kampar – Ipoh – Kampar dan seterusnya bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing, namun memandangkan ini adalah musim cuti perayaan Deepavali, KTMB telah diarahkan untuk berusaha sedaya upaya untuk mengalihkan gerabak kereta api yang tergelincir dan mempercepatkan pemulihan bekalan elektrik dengan kadar segera bagi membolehkan perkhidmatan ETS beroperasi seperti biasa.

SPAD juga telah mengarahkan KTMB untuk mengeluarkan laporan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya juga akan menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut. SPAD turut menggesa KTMB untuk memperbaiki mutu penyelenggaraan serta operasi tren untuk mengurangkan insiden-insiden yang boleh membebankan pengguna.

Untuk maklumat lanjut mengenai status pembukaan perkhidmatan, para pengguna dinasihatkan merujuk kepada www.ktmb.com.my atau menghubungi talian KTMB di 03-2267 1200.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget