Thursday, October 27, 2016

#DemiRakyat : @LiowTiongLai sahkan 3 lagi bandar bakal dapat perkhidmatan penerbangan udara


Menyedari bahawa penduduk di Sabah dan Sarawak memerlukan perkhidmatan penerbangan udara bagi meningkatkan industri pelancongan serta perkembangan negeri masing - masing, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai akhirnya mengesahkan bahawa 3 bandar baru di Sabah dan Sarawak akan mendapat perkhidmatan penerbangan udara secara kerap  apabila perjanjian di tandatangani antara negara Brunei - Indonesia - Malaysia - Filipina (BIMP - EAGA). 



Tiga (3) bandar baru ini adalah masing - masing dua (2) di Sabah iaitu Sandakan dan Tawau, manakala di Sarawak pula adalah di Bandar Mulu. Buat masa ini, sudah terdapat empat (4) bandar di Sabah dan Sarawak yang mempunyai perkhidmatan penerbangan udara iaitu Kota Kinabalu, Kuching, Labuan serta Miri. Memetik kata - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai:
“Setiap tahun apabila kami bersidang pada mesyuarat  BIMP-EAGA  kami akan menambahkan lagi jumlah bandar untuk menerima servis penerbangan , dalam Asean , kita mengamalkan polisi udara terbuka , tetapi penerbangan di had kan pada destinasi tertentu sahaja” ujar Liow.
“Melalui BIMP-EAGA kita membuka kepada semua bandar kecil di rantau ini , dan ini ada lah sesuatu yang amat penting” kata Liow.

Bagi kami di #KLChronicle, usaha yang dilakukan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai membuktikan keprihatinan kerajaan Persekutuan yang ditunjangi oleh Barisan Nasional untuk mempercepatkan pembangunan serta industri pelancongan di negeri Sabah dan Sarawak. Ini supaya apabila Sabah dan Sarawak membangun, laba dari pembangunan ini akan dinikmati beramai - ramai oleh rakyat Sabah dan Sarawak. 

Ini berbeza dengan kerajaan pembangkang contohnya seperti di Selangor dimana hampir 360,000 keluarga terpaksa hidup tanpa mempunyai akses kepada air bersih. Menteri Besar Selangor pula lebih sibuk berpolitik bersama Dr. Mahathir dan menyalahkan semua pihak dalam krisis air yang dihadapi hanya bagi menutup kelemahan kerajaan negeri. Akhirnya kerajaan yang sengsara akibat sikap tidak kompeten Menteri Besar dan barisan EXCO beliau.

Adakah ini jenis kerajaan yang kita mahukan?

No comments:

Post a Comment