Sunday, October 23, 2016

#Bajet2017 oleh PM @NajibRazak jaga kebajikan pemandu teksi Cc @SPADChannel @syedhamidalbar


Selepas mendapat pengiktirafan dari para ekonomis dan juga rakyat akan keprihatinan kerajaan dalam menyediakan Bajet 2017, kini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula mengalu-alukan peruntukan bagi peningkatan pengangkutan awam darat bawah Bajet 2017. Umum ketahui bahawa bagi Perdana Menteri, Transformasi Pengangkutan Awam merupakan satu perkara yang dekat dihati beliau. 


Bagi mereka yang mengikuti Bajet 2017, sudah pastinya akan sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional dibawah Perdana Menteri telah komited untuk memperbelanjakan sejumlah besar wang ringgit bukan sahaja untuk infrastruktur malah juga untuk menjaga kebajikan pemandu teksi dan mereka yang bekerja didalam sektor pengangkutan awam. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa pengumuman yang dibuat, antaranya memetik ucapan Perdana Menteri:
Tuan Yang Dipertua,
170. Sememangnya, Kerajaan prihatin terhadap keluhan dan permintaan para pemandu teksi.
171. Bersama kita pada petang ini, dua orang wakil pemandu teksi yang menghargai usaha Kerajaan selama ini dalam membela nasib mereka. Terima kasih diucapkan dan tepukan kepada Encik Mohd Rais Hasan dan Encik Tan Woon Kong, kerana sudi hadir ke pembentangan bajet petang ini.
172. Sukacitalah, saya mengumumkan geran 5 ribu ringgit  untuk membeli kenderaan baharu dan menawarkan permit teksi individu, dengan peruntukan 60 juta ringgit. Ini akan memanfaatkan seramai 12 ribu pemandu teksi yang layak dan telah tamat kontrak pajak dengan syarikat teksi mereka.

Umum ketahui bahawa antara keluhan pemandu teksi sudah sekian lama adalah sistem pajak teksi yang dikatakan berat sebelah dan hanya menguntungkan segelintir syarikat teksi. Sistem pajak teksi ini, yang dimulakan pada zaman Dr. Mahathir hanya menguntungkan syarikat teksi kroni yang menjadikan pemandu teksi seperti hamba mereka. 

Namun, setelah mengambil tampuk pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, Perdana Menteri telah mula untuk memperbetulkan segala kesilapan lalu dengan memperkenalkan program-program yang memberi manfaat kepada pemandu teksi. Selain memperuntukkan RM 60 juta kepada pemandu teksi untuk membeli kereta baru dan menawarkan permit individu, Perdana Menteri juga mengambil berat akan kebajikan pemandu teksi, oleh itu:
Tuan Yang Dipertua,
173. Pada masa ini, sebahagian besar pemandu teksi tidak dilindungi oleh insurans. Atas  keprihatinan Kerajaan, Skim PERKESO kepada pemandu teksi individu yang berpendapatan sehingga 3 ribu ringgit sebulan akan diperkenalkan dengan geran pelancaran 60 juta ringgit.
174. Di bawah Skim ini, pemandu teksi perlu membuat caruman pada kadar 157 ringgit hingga 443 ringgit setahun, yakni, hanya 13 ringgit 8 sen sebulan. Sekiranya berlaku kemalangan sewaktu bekerja, mereka layak membuat tuntutan daripada  PERKESO.
175. Contohnya, pemandu teksi yang hilang upaya kekal akan menerima bayaran pukal berjumlah 43 hingga 121 ribu ringgit dan bayaran bulanan antara 1,281 hingga 2,624 ringgit sepanjang hayat. Sekiranya pemandu tersebut meninggal dunia, warisnya akan mendapat Faedah Orang Tanggungan pada kadar 945 hingga 2,655 ringgit sebulan.


Dengan bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri ini, kini nasib pemandu teksi akan dilindungi dan jika sesuatu perkara buruk terjadi kepada mereka, mereka akan dilindungi oleh insurans dan juga skim PERKESO yang baru dimumkan oleh kerajaan. Ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pemandu teksi dan juga memberikan mereka sedikit kelegaan kerana kerajaan akan terus menjaga kebajikan mereka. 

Memetik kata - kata CEO SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah:

Kelulusan peruntukan sebanyak RM60 juta akan membantu penerima permit teksi individu berkelayakan yang keluar daripada sistem pajak untuk membeli kenderaan baru dengan penerimaan geran RM5,000. Ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk membangunkan taraf industri ini di bawah Program Transformasi Industri Teksi. Tambahan pula, Kerajaan telah mengumumkan perkenalan jaringan keselamatan melalui skema PERKESO bagi pemandu teksi yang layak.
Konklusinya, kerajaan Barisan Nasional & SPAD akan terus berusaha untuk menjaga kebajikan pemandu teksi. Namun, usaha ini memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pemandu teksi itu sendiri. Kerajaan dan SPAD hanya boleh membuat dasar dan melaksanakan polisi ataupun penguatkuasaan. Tapi pemandu teksi sendiri harus berazam dan bersungguh-sungguh untuk mengambil peluang yang diberi kerajaan demi meningkatkan kualiti hidup mereka. Barulah agenda memperkasakan pemandu teksi oleh kerajaan dapat mencapai kejayaan. 

No comments:

Post a Comment