KL CHRONICLE: Sejarah 19 Jun 1785 yang perlu anda tahu @f_kedaulatan

Sunday, June 19, 2016

Sejarah 19 Jun 1785 yang perlu anda tahu @f_kedaulatan



SUMBER : Friends of Kedaulatan (Jangan lupa "Like" & "Share")

Pentadbiran Riau terserah sepenuhnya kepada David Ruhde hanya setelah Sultan Mahmud menandatangani perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada 7hb Februari, 1787, di Melaka.


Antara lain syarat-syarat perjanjian tersebut adalah seperti berikut:


1. Sultan Mahmud hendaklah menyerahkan segala pentadbiran pemerintahan di Riau itu kepada Kompeni Belanda;

2. Sultan Mahmud dibebaskan dari jagaan Raja Tua, Raja Bendahara, Raja Temenggung dan Raja Indrabongsu, dan hanya akan berunding dengan mereka mengenal soal-soal negara yang penting, kecuali hal ehwal istana, tetapi hanya boleh dilakukan setelah berunding dengan Residen Belanda;

3. Sultan dan pembesar berhak menerima 1/3 dari hasil pendapatan Riau dalam masa 3 tahun atau lebih yang pertama;

4. Perselislhan di antara orang-orang Cina dan orang-orang asing yang lainnya dengan penduduk-penduduk Riau akan diputuskan oleh Residen, kecuali yang melibatkan di antara orang-orang Melayu dan Bugis sahaja diputuskan oleh Sultan, dan hukuman bunuh ke atas seslapa pun hendaklah diputuskan oleh Residen;

5. Kesemua pedagang-pedagang yang datang ke Riau dikehendaki membayar cukai lima peratus menglkut taksiran harga barang (ad volerem) ke atas barang-barang import dan eksport yang tidak dikecualikan dari cukai. Syarikat Hindia Timur Belanda juga dikehendaki membayai- cukai import kecuall candu, bijih timah dan lada hitam.

Pada 13hb Mei, 1787, sebuah angkatan lanun yang mengandungi 40 buah kapal layar besar (yang diperintahkan oleh Raja Tempasok dari Kalimantan dengan permintaan Sultan Mahmud) telah menyerang dan mengalahkan orang-orang Belanda di Riau. Pada keesokan harinya David Ruhde terpaksa meninggalkan Riau balik ke Melaka. Bagaimanapun Sultan Mahmud tidak terus tinggal di Riau kerana takutkan serangan balas Belanda. Baginda berpindah ke Lingga (Daik) Ialu bersemayam dan membuat pusat pemerintahan di sana pula. Tidak beberapa lama selepas itu 
(dalam tahun 1787 juga) Belanda pun balik menduduki Riau semula.

Kedudukan David Ruhde sebagai Residen Riau mulai terancam apabila monopoli dan pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda merosot akibat persaingan hebat dari Syarikat Hindia Timur Inggeris (E.. I.C.). Akhirnya kekuasaan Belanda yang kian lemah itu terus lumpuh apabila E.I.C. di bawah Commander Newcome berjaya menduduki Melaka pada 18hb Ogos, 1795. Berikutan dengan itu pada 9hb September, 1795 Commander Newcome tiba di Riau, Residen Ruhde dan pasukannya diarahkan keluar dari Riau dan Newcome menyerahkan semula Riau kepada SultanMahmud. Bagaimanapun Sultan Mahmud tetap bersemayam di Lingga.

Sumber : Arkib Negara



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget