KL CHRONICLE: [Terkini] Pemandu KTMB didapati negatif dadah Cc @LiowTiongLai @ktmkomuter

Sunday, May 15, 2016

[Terkini] Pemandu KTMB didapati negatif dadah Cc @LiowTiongLai @ktmkomuter



Pada 7 Mei 2016, negara digemparkan dengan berita bahawa telah berlaku satu kemalangan yang melibatkan tren Ekspres Rakyat (Butterworth-Johor Baharu) dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) (Kuala Lumpur-Ipoh) di KM322 berhampiran stesen Kuala Kubu Baharu yang mengakibatkan tiga penumpang cedera ringan. Banyak berita yang mula disebarkan  oleh "pakar Facebook" di media sosial mengatakan punca kemalangan adalah dari kesilapan pemandu tren. 




Menyedari bahawa rakyat semakin bimbang akan keselamatan operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), pada hari yang sama juga Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengarahkan satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat insiden kemalangan tersebut. Pasukan khas itu akan diketuai KTMB.  Menurut beliau, kementerian sangat memandang serius insiden yang telah berlaku ini. 


Bagi kami di #KLChronicle, kemalangan tren KTMB ini sepatutnya tidak boleh berlaku sama sekali. Ini kerana perkhidmatan KTMB memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian rakyat di negara ini, terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor. Cuba bayangkan jika kemalangan ini berlaku ketika waktu puncak dimana semua warga kota sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, ini sudah pastinya akan menyebabkan ramai rakyat yang cedera dan mungkin ada yang terbunuh!


Syabas dan tahniah kepada Kementerian Pengangkutan, terutamanya menteri Datuk Seri Liow Tiong Lai yang sangat prihatin tentang apa yang telah berlaku. Beliau bertindak sangat pantas dalam mewujudkan satu "taskforce" untuk menyiasat punca insiden kemalangan ini berlaku. Malah, dalam masa satu minggu kita sudah mendapat kuputusan pertama taskforce iaitu pemandu KTMB itu negatif dadah. Ini merupakan satu perkembangan yang baik. 

Kepada pihak pengurusan KTMB, kami di #KLChronicle berharap anda tidak leka laki. Sudah banyak kes/insiden yang melibatkan KTMB pada tahun ini antaranya tren rosak, tren lewat tiba dan sampai ke destinasi, kemalangan tren dan sebagainya. Jika anda rasa anda tidak mampu menggalas amanah yang diberi, berhenti saja dari menjadi pengurusan KTMB dan beri kepada orang lain yang lebih layak. Sekian!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget