Monday, May 16, 2016

#TahukahAnda kini tiada pengambilan dan penurunan penumpang di Jln Tan Cheng Lock & Tun Sambanthan? Cc @SpadChannel



Pengumuman penting kepada semua warga Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan arahan bahawa syarikat - syarikat bas berlesen tidak dibenarkan mengambil dan menurunkan penumpang di Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jalan Tun Sambanthan (berhampiran stesen LRT Pasar Seni) Kuala Lumpur. 



Tempat dimana bas - bas selalu berhenti dan menyebabkkan kesesakan lalu lintas
Syarikat - syarikat bas yang terlibat adalah:

  1. Sistem Kenderaan Seremban - Kuala Lumpur Sdn Bhd
  2. Suasana Edaran Sdn Bhd
  3. North South Speed Sdn Bhd
  4. Syarikat Kenderaan Bahau Sdn Bhd 

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan yang diambil oleh SPAD ini kena pada masanya. Ini kerana kawasan Pasar Seni (Central Market) merupakan kawasan yang sangat padat dimana jalan disitu hanya 2 - lane dan apabila bas berhenti, kesesakan lalu lintas berlaku dengan amat dasyat sekali. Tindakan SPAD untuk memastikan semua bas berhenti di Pudu Sentral adalah sangat masuk akal kerana kawasan itu lebih besar dan memang tempat bas mengambil dan menurukan penumpang. 

Kepada pengguna - pengguna perkhidmatan bas ini, kami berharap anda bersabar dengan keputusan yang diambil oleh SPAD. Ini kerana, akibat tindakan tidak bertanggungjawab pemandu bas anda, kebanyakan rakyat disekitar kawasan Pasar Seni mengalami kesusahan yang amat sangat. Tambahan pula bas - bas ini juga membahayakan pejalan kaki yang melintas antara Stesen LRT Pasar Seni dan Central Market. 

Oleh itu, sebelum apa - apa kemalangan atau insiden yang tidak diingini berlaku lebih elok tindakan proaktif diambil dengan memindahkan semua pengambilan dan penurunan penumpang ke kawasan Pudu Sentral. Ini adalah lebih baik bagi semua pihak. Apa pendapat anda semua?

KENYATAAN RASMI SPAD ADALAH SEPERTI BERIKUT



No comments:

Post a Comment