Saturday, May 14, 2016

Sudah-Sudahlah Fitnah McDonald's Malaysia, kini "Quarter Pounder" pula jadi mangsa


Kesian "Quarter Pounder" kena fitnah
Nampaknya McDonald's Malaysia sekali lagi difitnah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kali ini ada pula fitnah di media sosial yang mengatakan bahawa daging burger "Quarter Pounder" terdapat 60% daging lembu dan 40% daging khinzir. Kreatif sungguh manusia zaman sekarang kalau dalam memfitnah, sampai peratusan daging burger pun mereka boleh jadikan sebagai "modal" fitnah. 



Fitnah yang dimainkan di media sosial
Mengambil iktibar bahawa bukan semua perkara di media sosial adalah benar, kami di #KLChronicle terpanggil untuk menjawab fitnah jijik yang dimainkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Pertama sekali, untuk pengetahuan pengguna, SEMUA SUMBER MAKANAN McDonald's Malaysia adalah dibuat DIDALAM negara dan TIDAK DIIMPORT dari Amerika Syarikat. Oleh itu fitnah diatas adalah tidak benar sama sekali. 

Kedua, bagi mereka yang rajin mengikuti blog kami (terima kasih kepada anda!), anda tentu tahu bahawa segala bahan mentah McDonald's Malaysia, terutamanya daging burger dan nuggets sebagainya diternak dan diproses di Dinding Poultry Processing Sdn.Bhd. Kilang Dinding Poultry Processing Sdn.Bhd merupakan tempat dimana ayam - ayam yang dihantar ke restoran McDonald's Malaysia diternak dan disembelih. [Rujuk disini : http://thekl-chronicle.blogspot.my/2016/03/pendedahan-terkini-cara-pembuatan.html] . Jadi ini membuktikan sumber bahan mentah McDonald's Malaysia adalah dari kilang tempatan dan bukan dari Amerika Syarikat seperti yang difitnah. 

Ketiga, tahukan anda bahawa McDonald's Malaysia dan rangkaian restoran mereka adalah halal? Melalui maklumat yang kami terima dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), McDonald's Malaysia makanan di McDonald's Malaysia adalah 100% halal dan tidak ada kompromi langsung dari isu kualiti dan makanan dan sebagainya. Jadi macam mana pula boleh ada fitnah mengatakan terdapat 40% daging khinzir dalam Quarter Pounder?

Sijil halal McDonald's Malaysia

Kesimpulannya, kami di #KLChronicle berharap jangan ada pihak yang mudah percaya tentang fitnah yang disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Siasat dahulu fitnah yang disebarkan supaya kita juga tidak terlibat dengan dosa kerana menyebarkan fitnah secara sengaja atau tidak sengaja. Kadang kala fitnah yang kita sebarkan ini mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap pekerja - pekerja bumiputera McDonald's Malaysia. Kasihanilah mereka. Berikut adalah kenyataan media McDonald's Malaysia terhadap fitnah yang disebarkan:

No comments:

Post a Comment