Friday, May 13, 2016

Sayap Pemuda PAN tibai Pemimpin PAHA


Sayap Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan pimpinan Pakatan Harapan mengenai keperluan untuk memartabatkan integriti perikatan pembangkang persekutuan dalam masa melakukan persediaan berdepan pilihan raya kecil berkembar di Sungai Besar and Kuala Kangsar.




Ketuanya, Sany Hamzan dalam kenyataan berkata, rundingan berterusan antara parti-parti dalam Pakatan Harapan mengenai calon-calonnya akan menjadi ujian kritikal demi meraih kepercayaan rakyat untuk dilihat sebagai berkemampuan menggantikan BN dan melaksanakan perubahan secara keseluruhan pentadbiran negara.

“Suka atau tidak, pertembungan antara parti-parti komponen Pakatan Harapan semasa pilihan raya negeri Sarawak sudah tinggal menjadi sejarah dan tidak harus diulangi oleh mana-mana parti,” jelasnya.

Beliau merujuk kepada kekalahan teruk Pakatan Harapan akibat pertembungan antara DAP dan PKR di enam kerusi.

Sany, bagaimanapun, menyedari kemungkinan berlakunya pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan, BN dan PAS, dengan sokongan blok ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia.

“Rakyat bukan bodoh. Adalah sukar untuk mereka menerima pemimpin yang mengecewakan majoriti rakyat dengan membenarkan parti-parti dalam Pakatan Harapan untuk bertembung di Sarawak, sekarang ‘berlagak baik’ dan cuba menghalang pertandingan tiga penjuru dengan BN dan PAS.

“Apa sebenarnya mesej politik yang pemimpin ini cuba sampaikan? Terus cuba mengganggu Pakatan Harapan atau apa?,” kata Sany tanpa menamakan sesiapa.

Sany, sementara itu, turut menekankan AMANAH patut diberikan peluang untuk bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Antara lain, beliau turut berkata kerusi yang majoritinya Melayu menjadi platform yang sesuai buat AMANAH untuk melebarkan pengaruh Pakatan Harapan.

No comments:

Post a Comment