Monday, May 9, 2016

@LiowTiongLai : Helikopter Malang Guna Laluan Selamat #NahasRPC6828 #Sarawak #Simunjan


Kami di #KLChronicle terpanggil menjawab fitnah yang dimainkan oleh page pembangkang iaitu Suara Rakyat yang kononnya helicopter AS350 yang membawa  timbalan menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan rombongan beliau tidak menggunakan laluan yang selamat. Perkara yang sebenarnya adalah helicopter AS350 memang menggunakan laluan yang normal & selamat dan telah disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.




Memetik kata -  kata Datuk Seri Liow Tiong Lai:
"Kami dimaklumkan pada waktu itu cuaca tidak begitu baik dicatatkan tetapi bukan cuaca buruk kerana pada ketika itu banyak helikopter melalui kawasan itu," katanya.

Beliau berkata waktu dahulu, status 'Zon Larangan Terbang' memang dikuatkuasakan di kawasan berbukit dan berbahaya di pedalaman Sarawak tetapi teknologi penerbangan telah membolehkan status itu diubah.
Malah, laluan yang digunakan Eurocopter AS350, yang terhempas berhampiran Sungai Batang Lupar di Sebuyau semalam, kira-kira 250km dari sini, adalah laluan normal dan selamat untuk helicopter.
Bagi kami di #KLChronicle, tindakan jijik pihak pembangkang untuk memanipulasikan dan mempolitikkan isu nahas Eurocopter AS350 adalah tidak bertanggungjawab sama sekali. Ini kerana, walaupun insiden berlaku dalam mode pilihanraya tetapi politik harus ditolak ketepi dan perasaan kemanusiaan harus lebih diutamakan. Soalanya, kenapa pembangkang tidak boleh lupakan hal politik sekejap dan berhenti memfitnah?
Kami juga dikesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai:kerana telah Berjaya mengendalikan insiden ini dengan sangat baik melalui Department of Civil Aviation (DCA). Nampaknya DCA juga semakin pantas dan efisien dalam hal - hal kecemasan susulan dari beberapa insiden yang berlaku tahun sebelumnya seperti MH370 dan MH17.
Marilah kita sama - sama sedekahkan Al - Fatihah kepada semua mangsa Eurocopter AS350, MH 370 dan MH 17.  Al - Fatihah.  

No comments:

Post a Comment