Tahniah diucapkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana mengambil langkah proaktif dalam menyiasat insiden kemalangan yang melibatkan tren KTMB petang tadi. Ini membuktikan SPAD sangat peka dan prihatin dengan kerisauan pengguna yang bimbang apakah impak kemalangan ini akan terhadap mereka memandangkan pekhidmatan ETS kini telah menjadi popular di kalangan pengguna.
Bagi kami di #KLChronicle, apa yang berlaku melibatkan KTMB ini sangat membimbangkan. Ini kerana jika benar ura - ura yang berlegar di WhatsApp yang mengatakan bahawa pemandu ETS telah cuai, makna nya satu siasatan terperinci harus dilakukan terhadap SEMUA pemandu ETS kerana mungkin ada masalah yang lebih serius berlaku didalam KTMB yang kita tidak tahu.
Dalam beberapa insiden yang telah berlaku diluar Negara yang melibatkan pemandu perkhidmatan awam, antara "root cause" yang didapati adalah akibat pemandu mempunyai masalah stress, mungkin berpunca dari tempat kerja mahupun hal peribadi. Perkara - perkara ini wajar juga disiasat oleh SPAD supaya tiada butiran yang tertinggal sekaligus menjadi pengajaran kepada kita semua.
KENYATAAN MEDIA SPAD
7 Mei 2016, Kuala Lumpur - Satu insiden kemalangan telah berlaku di km 322.00 berdekatan Stesen Kuala Kubu Bharu jam 1.45 petang tadi. Berikutan insiden ini, tiga orang penumpang mengalami kecederaan ringan dan telah diberi rawatan. Kesemua penumpang yang selamat telah dipindahkan oleh KTMB melalui bas perantara yang disediakan untuk menyambung perjalanan masing masing.
SPAD memandang serius kemalangan ini dan akan menjalankan siasatan terperinci dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya setelah siasatan selesai kelak.
Buat masa ini, KTMB sedang berusaha untuk membuka semula landasan dengan kadar segera. Pengumuman pembukaan semula akan dibuat oleh pihak KTMB. Untuk maklumat lanjut mengenai pembukaan perkhidmatan, para pengguna dinasihatkan merujuk kepada www.ktmb.com.my atau menghubungi talian KTMB di 03-2267 1200.
No comments:
Post a Comment