KL CHRONICLE: #TahukahAnda PLKN Perketat Saringan Kesihatan Untuk Pengambilan Pelatih?

Monday, April 4, 2016

#TahukahAnda PLKN Perketat Saringan Kesihatan Untuk Pengambilan Pelatih?

Datuk Noor Ehsanuddin merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi
Menyedari bahawa terdapat isu - isu berkaitan kesihatan para pelatih dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebelum ini, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) kini memperketat prosedur operasi standard dari segi kesihatan bagi pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 bermula pengambilan Siri 13/2016 yang dilaksanakan baru - baru ini. 



Memetik kata  - kata  Datuk Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi (Johor),  inisitif berkenaan dilakukan dengan kerjasama erat Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kesihatan bagi memastikan pelatih yang bakal mengikuti program PLKN tidak mempunyai sebarang penyakit serius yang boleh menjejaskan kesihatan mereka sepanjang berada di kem latihan PLKN.

"Kadang-kadang pelatih sendiri tidak mengetahui tahap kesihatan mereka sehingga masalah kesihatan berlaku kepada mereka. Jadi kita lakukan prapengambilan profiling dengan lebih efektif berbanding sebelum ini,"

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan yang diambil oleh MLKN dibawah kepimpinan Datuk Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid ini adalah satu tindakan yang bijak dan wajar diberi pujian. Ini kerana, dengan kes - kes yang berlaku sebelum ini, ramai ibu  - bapa yang sedikit gelisah apabila anak mereka dihantar ke PLKN kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan. 

Bagi menyelesaikan masalah ini, Datuk Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid telah mengambil sikap proaktif dengan melakukan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (Jabatan Pendidikan) dan Kementerian Kesihatan (Jabatan Kesihatan) bagi mendapatkan maklumat tentang kesihatan para bakal pelatih PLKN. Kerjasama erat ini membuktikan bahawa PLKN kini bukan hanya sebuah program dibawah Kementerian Pertahanan tetapi kini ianya sebuah program dengan kerjasama tiga buah kementerian yang besar.  

Selain itu, kami juga difahamkan oleh Datuk Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid bahawa kemudahan di kem latihan PLKN serta kemudahan yang disediakan untuk para pelatih kini telah dinaiktaraf dan lebih baik dari yang disediakan oleh kerajaan sebelum ini. Ini membuktikan bahawa kerajaan melalui MLKN sangat prihatin dengan keperluan para pelatih dan cuba sebaik mungkin untuk menyediakan kemudahan yang menetapi cita rasa para pelatih PLKN. 

Syabas diucapkan kepada MLKN kerana telah berjaya menaiktaraf dan meningkatkan mutu PLKN ketahap yang lebih baik dari sebelum ini. 

#Kipidap

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget