KL CHRONICLE: Sebab Mengapa Pejuang #Reformasi1998 Semua Bodoh

Monday, April 4, 2016

Sebab Mengapa Pejuang #Reformasi1998 Semua Bodoh



Aku paling tak faham dengan pejuang Reformis '98 ni. Perjuangan anda ketika itu adalah menentang kononnya 'kezaliman' dan 'kukubesi' pentadbiran Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed sehinggakan jatuhnya 'Wira' yang kamu dendangkan sehingga hari ini. (DS Anwar Ibrahim)




Namun pada hari ini, laungan Reformasi berkumandang mengiringi kehadiran individu yang kamu gelarkan Mahafiraun! Gila!

Reformasi 'binatang' apa yang kamu laungkan?

Maksud dan erti Reformasi itu sendiri kamu fahamkah?

Dendam dan kemarahan kamu bukan kepada kepimpinan hari ini. Bukan kepada Najib Razak. Bukan kepada Zahid Hamidi, bukan kepada Tengku Adnan, bukan kepada Rosmah Mansur sekalipun!

Dendam dan kemarahan kamu adalah kepada si tua yang kamu sambut yang datang ke demonstrasi membantah GST (kononnya mengakibatkan rakyat tidak dapat bermewah-mewah) menaiki sebuah kenderaan mewah!

Tidakkah kamu sedar sebenarnya dipermainkan oleh orang tua ini?

Kamu semua sudah gila! Dipermainkan oleh tok dalang politik sehingga menjadi patung yang digerak-gerakkan sahaja tangan dan kakinya mengikut selera politik tok dalang tersebut!

Hendak aku ulang semula,

Wahai Reformis!

Dendam dan hutang kamu adalah dengan individu yang kamu gelar Mahafiraun satu ketika dahulu. Oleh kerana Mahafiraun inilah, idola kamu jatuh dan inilah alasan kepada laungan Reformasi kamu. Dendam kamu bukan kepada UMNO, kerana dahulu idola kamu di dalam UMNO juga. Dahulu kamu di dalam UMNO juga. Dendam kamu adalah kepada Mahafiraun ini.

Tetapi, hari ini Reformasi kamu untuk apa?

Kamu memang senang lupa dan menjadi gila!

Gila! Gila! Gila!

Memang Gila!

#ReformasiGila
#PejuangBeraniGila

1 comment:

Shah said...

Reformasi bontot kasi

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget