KL CHRONICLE: Pendapat #KLChronicle tentang tindakan jijik sotong @RafiziRamli

Thursday, April 7, 2016

Pendapat #KLChronicle tentang tindakan jijik sotong @RafiziRamli


Saya menerima tiga naskah e-book yang diberikan oleh sahabat saya dari Mesir. Buku-buku ini adalah terbitan Centre of Applied Non-Violent Action and Strategies (CANVAS) yang beliau gunakan sewaktu hendak menjatuhkan Hosni Mubarak melalui media sosial dan seterusnya demonstrasi jalanan




Salah satu daripada buku tersebut menceritakan tentang kokurikulum teras bagi mereka yang mengikuti pengajian di CANVAS.

Ia berkisarkan tentang bagaimana hendak menjatuhkan kerajaan dengan menggunakan kuasa demonstrasi jalanan. Mereka menggariskan tentang penggunaan warna, simbol, melabelkan media arus perdana sebagai entiti yang dikawal oleh kerajaan dan sebagainya.

Media alternatif seperti blog, facebook, twitter dan portal yang pro-revolusi dilihat lebih dipercayai, transparen dan seolah-olah media alternatif ini lah yang menceritakan perkara yang sebenarnya. Media arus perdana digambarkan sebagai ingin menutup kisah yang benar-benar berlaku.

Lebih menarik lagi, bagaimana untuk melakukan perkara ini menjadi subjek di dalam kelas CANVAS ini!

CANVAS turut mengajar bagaimana hendak menganjurkan demonstrasi jalanan ini dengan kain rentangnya, sepanduk, termasuk cara berpakaian dan kelengkapan untuk menghadapi polis anti-rusuhan.

CANVAS juga menceritakan tentang elemen teras yang mendokong kerajaan seperti birokrasi, komuniti setempat, sistem pendidikan, agama tersusun, media dan entiti perniagaan. Maka dengan merancang untuk sabotaj dan meruntuhkan elemen teras ini, maka kerajaan akan tumbang.

CANVAS diasaskan oleh Sdrja Popovic dan Slobodan Djinovic yang berpandukan penulisan Dr. Gene Sharp.

Sekiranya tuan/puan ingin tahu siapakah Dr. Gene Sharp, cuba google namanya dan lihat apakah bangsanya!

Apa yang saya hendak sampaikan di sini adalah parti pembangkang sanggup menghantar pemimpin mereka ke luar negara untuk belajar bagaimana untuk menjatuhkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan. Mereka belajar bagaimana untuk membangun, melatih dan merekrut aktivis, sukarelawan, penyokong dan sympathizer kepada perjuangan mereka.

Demonstrasi jalanan yang berlaku ini tidaklah berlaku secara natural tetapi digerakkan oleh mekanisma propaganda yang tersusun dan diajar di dalam bilik kuliah.

Emosi dan perasaan rakyat telah dimanipulasikan oleh mereka dengan menggunakan perkataan seperti 'rakyat', 'keadilan', 'hak', 'ditindas', 'rakyat merana' dan sebagainya untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat.

Rakyat telah dan dimanipulasi dan ditipu secara sistematik dan programatik sehinggakan kebencian mereka terhadap kerajaan semakin menebal.

Apa yang Rafizi lakukan dengan menggambarkan dirinya digari adalah strategi untuk memberi gambaran seolah-olah dia ditindas, dianiayai semata-mata untuk mendapat simpati.

Sama seperti apa yang diajar di dalam buku-buku terbitan CANVAS ini!

‪#‎JanganPercayaRajaFitnah‬
‪#‎StrategiManipulasi‬
‪#‎SimpatiPalsu‬

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget