Kami di #KLChronicle ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana telah mengambil langkah tegas dengan mengumumkan bahawa Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar notis penggantungan operasi sementara kepada Rayani Air hari ini selepas syarikat penerbangan itu mengumumkan penggantungan operasi mereka.
Memetik kata - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai :
"Rayani Air akan digantung di bawah Peraturan 87 (1) Peraturan Penerbangan Awam 1996 dan proses audit akan di lakukan oleh DCA untuk memastikan syarikat itu layak untuk terus beroperasi,"
kami di #KLChronicle amat yakin tindakan tegas yang diambil oleh kerajaan, terutamanya Kementerian Pengangkutan ini akan disambut baik oleh pengguna dan rakyat secara amnya. Ini kerana sudah beberapa minggu di media cetak ataupun media sosial ramai pengguna Rayani Air telah meluahkan rasa kecewa mereka dengan perkhidmatan Rayani Air yang sangat tidak efisien dan menyusahkan pengguna.
Kami di #KLChronicle berharap tindakan tegas yang diambil oleh kerajaan ini akan dilihat secara positif oleh pihak pengurusan Rayani Air. Penggantungan ini dapat memberikan pengurusan Rayani Air masa untuk memperbetulkan segala permasalahan mereka dan kembali beroperasi dengan lebih baik lagi demi keselesaan pengguna.
Kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai, terima kasih kerana mengambil berat tentang aduan yang dilakukan oleh pengguna. Ini terbukti bahawa Yang Berhormat Menteri mengambil berat tentang permasalahan rakyat dan bukan memilih untuk melindungi konglomerat - konglomerat besar. Ini juga membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.
No comments:
Post a Comment