Pihak pembangkang, terutamanya parti Cina Chauvinis Democratic Action Party (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan dua entiti yang selalu mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan proses pendaftaran serta pilihan raya di negara ini. Umum ketahui bahawa parti pembangkang selalu menyalahkan SPR apabila mereka kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) atau pun Pilihan Raya Umum (PRU).
Kami di #KLChronicle percaya pembaca masih ingat bila pembangkang mengatakan mereka kalah pada PRU yang lepas kerana terdapat kononnya 40,000 orang pengundi bangla yang telah mengundi tetapi apabila dicabar untuk memberikan bukti, mereka membuat U - Turn dengan mengatakan tidak pernah memfitnah SPR dalam hal 40,000 bangla ini. Pihak pembangkang di Malaysia ini memang dikenali dengan sikap bodoh sombong mereka.
kembali kepada SPR, kami di #KLChronicle ingin berkongsi dengan pembaca bukti bahawa SPR sangat mengambil berat akan proses PRN di Sarawak dan telus dalam proses pendaftaran pengundi baru. Ini dapat dibuktikan melalui data yang kami terima dari sumber kami di SPR dimana pendaftaran pengundi baru sangat membanggakan. Bagi negeri Sarawak, sehingga hari ini jumlah pengundi berdaftar yang baru adalah:
21 - 29 tahun = 136, 755 jumlah pengundi dengan peratusanya adalah 11.98%
30 - 39 tahun = 237, 440 jumlah pengundi dengan peratusanya adalah 20.80%
40 - 49 tahun = 269, 728 jumlah pengundi dengan peratusanya adalah 23.63%
50 - 59 tahun = 239, 843 jumlah pengundi dengan peratusanya adalah 21.01%
60 - 69 tahun = 153, 219 jumlah pengundi dengan peratusanya adalah 13.42%
70 - 79 tahun = 70, 703 jumlah pengundi dengan peratusanya adalah 6.19%
80 - 89 tahun = 25, 916 jumlah pengundi dengan peratusanya adalah 2.27%
> 90 tahun = 7, 690 jumlah pengundi dengan peratusanya adalah 0.67%
Jumlah keseluruhan pengundi baru adalah = 1, 141, 294 orang.
Ini membuktikan, jika SPR tidak telus, mana mungkin SPR akan menjalankan amanah yang diberikan kepada mereka dengan sebaik mungkin dalam proses pendaftaran pengundi baru dan muda bagi PRN Sarawak yang akan diadakan bila - bila masa sahaja. Sudah tentunya, pengundi baru/muda ini banyak menyokong pembangkang namun memandangkan SPR merupakan satu badan yang bebas, ianya menjalankan amanah yang diberikan tanpa menngira sesiapa pun.
Ada faham?
No comments:
Post a Comment