Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak ditetapkan pada 7 Mei depan dengan penamaan calon pada 25 April. Perkara ini diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah sebentar tadi.
"Dengan ini SPR mengumumkan 14 April sebagai tarikh keluar writ iaitu hari ini, 15 April tarikh notis pilihan raya, 25 April hari penamaan calon, dan 7 Mei sebagai tarikh pengundian," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu.
Katanya, PRN11 akan menggunakan senarai daftar pemilih induk 2015 yang sudah dikemas kini hingga 10 April 2016. PRN11 diadakan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan dengan perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud setelah dirujuk Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
Bagi mereka yang akan menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada PRN kali ini, ini adalah antara beberapa maklumat penting yang perlu anda tahu. Pertama sekali, seperti artikel kami semalam, SPR telah mengemaskini dan menjalankan proses pendaftaran pengundi baru secara telus dimana pengundi baru yang didaftar SPR adalah seramai = 1, 141, 294 orang.
Ini Bukti SPR adalah telus dalam proses pendaftaran pengundi baru & muda #PRNSarawak : http://thekl-chronicle.blogspot.my/2016/04/ini-bukti-spr-adalah-telus-dalam-proses.html
Kedua, dalam proses persempadanan semula yang diadakan oleh SPR baru - baru ini, telah terdapat beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah bertukar nama. DUN - DUN tersebut adalah seperti berikut:
- N.19 DUN Mambong ditukar nama kepada DUN Bengoh
- N.34 DUN Batang Ai ditukar nama kepada DUN Batang Air
- N.41 DUN Kuala Rajang ditukar nama kepada DUN Belawai
- N.68 DUN Tanjung Batu ditukar nama kepada DUN Kidurong
Ketiga, selain dari penukaran nama kawasan DUN, terdapat juga penambahan 11 DUN bagi PRN - 11 Sarawak. DUN - DUN tersebut adalah:
- Batu Kitang (N.13)
- Stakan (N.17)
- Serembu (N.18)
- Triboh (N.23)
- Gedong (N.26)
- Kabong (N.40)
- Tellian (N.57)
- Selirik (N.63)
- Murum (N.66)
- Samalaju (N.70)
- Long Lama (N.78)
Dengan maklumat - maklumat diatas, kami di #KLChronicle berharap para pengundi bagi PRN DUN Sarawak akan mengundi di kawasan - kawasan yang sepatutnya dan tidak tersalah pergi ke kawasan mengundi yang lama. Sila semak kawasan tempat anda mengundi melalui saluran - saluran yang ditetapkan supaya tidak berlaku salah faham pada hari mengundi.
Selamat menunaikan tanggungjawab masing - masing!
No comments:
Post a Comment