Thursday, March 10, 2016

@weekasiongmp Minta Rakyat waspada agenda jahat pihak terlibat "Deklarasi Mahathir"

Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA
Konsisten dengan apa yang diperkatakan oleh kami di #KLChronicle sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini menasihatkan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama supaya berwaspada dengan agenda pihak yang terlibat dengan "Deklarasi Mahathir" terutamanya bekas Presiden UMNO Dr. Mahathir dan pemimpin kanan DAP iaitu Lim Kit Siang. 

Memetik kata - kata  Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga merupakan Timbalan Presiden MCA, 



"Saya rasa mereka punya satu matlamat sahaja iaitu menjatuhkan kerajaan.

"Kita sepatutnya tumpukan kepada soal macam mana nak menambah pendapatan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Melaka Machap Baru Food and Cultural Night' di Machap Walk, di sini malam ini.

[Rujukan dari BERNAMA] 

Bagi kami di #KLChronicle, kami setuju dengan apa yang dikatakan oleh  Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Ini kerana, pertama sekali ianya adalah tidak demokratik bagi sebilangan kecil bekas - bekas pemimpin kerajaan dan pembangkang berkomplot untuk menjatuhkan sebuah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mendapat mandat dari kerajaan melalui proses pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali.

Mereka bersama bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik oleh rakyat Malaysia
Malah, dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil termasuk kejatuhan mendadak harga-harga komoditi dunia seperti minyak, gas dan sawit, pihak pembangkang dan bekas pemimpin kerajaan sepatutnya bekerjasama dengan kerajaan dan memikirkan cara untuk menambah pendapatan negara sekaligus membolehkan kerajaan memberikan bantuan serta pembangunan yang terbaik untuk rakyat. 

Mereka lebih sibuk bekerjasama untuk merampas kuasa berbanding membantu kerajaan & rakyat
Namun, apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya. Bekas - bekas pemimpin kerajaan bersekongkol dengan pembangkang hanya kerana gilakan kuasa sehingga sanggup melihat negara. Adakah tindakan tidak bertanggungjawab Dr. Mahathir bersama rakan - rakan beliau seperti Lim Kit Siang ini wajar? 

Kami di #KLChronicle juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada  Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan MCA kerana terus berdiri teguh menyokong kepimpinan Presiden BN yang juga Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. Ini membuktikan MCA sebuah rakan komponen yang boleh dipercayai dan sentiasa bersama BN bagi sama - sama membangunkan negara Malaysia yang tercinta ini. 

No comments:

Post a Comment