KL CHRONICLE: Usaha Dr. Mahathir untuk jadikan @MukhrizMahathir Perdana Menteri Gagal

Friday, March 11, 2016

Usaha Dr. Mahathir untuk jadikan @MukhrizMahathir Perdana Menteri Gagal

 
Legasi Mahathir adalah mudah. Beliau akan serahkan kuasa kepada Pak Lah pada November 2003. Mukhriz akan menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada tahun seterusnya. Pada 2009, Mukhriz akan menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Pada 2013 pula, Mukhriz akan menjadi salah seorang daripada Naib Presiden UMNO Malaysia. Dan pada tahun 2016 (yang kini ditangguhkan kepada 2018) Mukhriz akan menjadi Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Menjelang tahun 2020, Mukhriz akan menjadi Presiden UMNO Malaysia dan dalam gerak langkah yang sama akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru.
 

 
Koridor Kuasa.

Raja Petra Kamarudin

Oxford dan Cambridge sedang menjalankan kursus jangka pendek tentang pelbagai subjek. Antara kursus yang dijalankan adalah mengenai personaliti seperti Henry VIII, Elizabeth I, Winston Churchill, Presiden Kennedy dan sebagainya. Malangnya mereka tidak mempunyai sebarang kursus mengenai Tun Dr. Mahathir ataupun Mahathirisma. Mungkin Universiti Malaya boleh menganjurkan kursus ini.

Untuk memahami paradoks yang bernama Mahathir, anda hendaklah fokus tentang apa yang beliau tidak ucapkan berbanding apa yang beliau ucapkan. Ia mempunyai  perbezaan kerana seseorang itu boleh banyak bercakap tetapi sebenarnya kosong. Anwar Ibrahim adalah seorang yang pakar tentang perkara ini.

Apabila berkenaan dengan Mahathir, apa yang beliau tidak ucapkan adalah lebih penting daripada apa yang beliau ucapkan kerana terdapat terlalu banyak maklumat yang tersirat . Saya faham yang perkara ini mungkin terlalu keliru untuk diperkatakan tetapi ia tidak dapat dielakkan kerana Mahathir sendiri adalah seorang yang keliru - ataupun beliau sengaja berkelakukan sedemikian supaya kita tidak mengetahui apakah muslihat beliau yang sebenarnya.

Sebagai contoh, Mahathir mungkin berkata untuk menyelamatkan negara, kita perlu menyingkirkan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Itu apa yang Mahathir kata. Tetapi apa yang beliau tidak katakan adalah: apabila Najib disingkirkan, siapakah yang akan menggantikannya? Walaupun telah ditanyakan soalan tersebut kepada Mahathir, beliau tidak menyatakan sebarang nama. Dia hanya jawab bahawa fokus utama adalah untuk menyingkirkan Najib dan bukannya apa yang yang berlaku selepas itu.

Mengapa beliau tidak mencadangkan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ataupun Ahmad Zahid Hamidi. Ataupun mana-mana Naib Presiden yang lain iaitu Hishamuddin ataupun Shaife Apdal?

Ini adalah kerana tiada satu pun nama di atas merupakan pilihan beliau. Siapa yang Mahathir ada di dalam fikirannya adalah seseorang yang langsung berlainan daripada empat individu tersebut. Dan untuk memahami siapakah orangnya, kita perlu menyingkap semula Persidangan Agung UMNO pada pertengahan tahun 2002 apabila Mahathir, dengan linangan air mata, mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden UMNO dan seterusnya Perdana Menteri Malaysia.

Menurut Mahathir dengan ayatnya sendiri, selepas beliau mengumumkan untuk meletakkan jawatan, beliau telah meluangkan masa selama 15 bulan untuk berbicara dengan Tun Abdullah Ahmad Badaw sehinggalah beliau benar-benar menyerahkan kuasa kepada Pak Lah pada 1 November 2003. Pada asasnya, menurut Mahathir, ada bebarapa perkara yang Pak Lah patut lakukan dan ada beberapa perkara yang beliau tidak patut lakukan apabila menerima jawatan sebagai Perdana Menteri kelak.

Mahathir menyebut perkara tersebut adalah Jambatan Bengkok, laluan keretapi berkembar dan sebagainya yang mana Pak Lah telah batalkan dan kononnya telah menyebabkan Mahathir berang. Tetapi, bukan itu sahaja yang menyebabkan Mahatir marah -  semua itu tidak cukup untuk menyebabkan Mahathir mula menyerang secara agresif.

Satu perkata yang benar-benar menyebabkan Mahathir marah - yang mana Pak Lah telah mempersetujui untuk lakukan tetapi memungkiri - adalah berkaitan dengan anaknya, Mukhriz. Mahathir telah meminta Pak Lah supaya Mukhriz dinaikkan di dalam UMNO dan kurang daripada 10 tahun, Mukhriz akan bersedia untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Pak Lah.

Maka itu adalah tugas Pak Lah: memastikan bahawa Mukhriz akan naik. Dan pada 1 November 2003, Mahathir menyerahkan negara ini kepada Pak Lah. Tetapi Pak Lah mempunyai seorang menantu bernama Khairy Jamaluddin Abu Bakar (yang mengahwini satu-satunya anak perempuan beliau, Nori pada tahun 2001). Dan ini telah menjadi batu penghalang kepada 'Projek Mukhriz' yang mana Pak Lah dan Mahathir telah persetujui.

Pak Lah sayang kepada Nori dan sanggup melakukan apa sahaja untuk Nori. Nori pula mencintai kepada Khairy (termasuk sehingga mempunyai cawan kopi yang mempunyai gambar Khairy) Dan Khairy pula mencintai kuasa (termasuk mencintai diri sendiri).  Maka, atas permintaan Nori, Pak Lah telah melantik Khairy sebagai Ketua Setiausaha Sulitnya. Jawatan tersebut telah membuatkan Khairy menjadi de facto Perdana Menteri.

Sampaikan Cawangan Khas menjadi tidak suka kepada Khairy. Kebiasaannya, Pengarah Cawangan Khas akan mengadakan pertemuan pagi empat mata bersama Perdana Menteri. Tetapi, dengan kehadiran Khairy, ia telah menjadi pertemuan enam mana dan mesyuarat tidak akan dimulakan sehingga Khairy tiba. (Sekiranya Khairy lambat, maka Pengarah Cawangan Khas terpaksa menunggu)

Pengarah Cawangan Khas tidak suka kepada perkara ini dan membuat keputusan untuk bersara dan tidak meminta untuk disambungkan kontrak. Beliau memberitahu kepada rakan sejawatnya bahawa dia tidak mahu berkhidmat kepada Khairy, de facto Perdana Menteri. Peristiwa yang membuatkan benar-benar Pengarah Cawangan Khastekad untuk berhenti adalah beliau membicarakan hal Khairy kepada Pak Lah, Pak Lah menjadi berang dan meminta beliau supaya tidak memfitnah menantunya lagi.

Salah seorang kawan sekolah Pak Lah, seorang penulis, juga memaklumkan kepada beliau bahwa Khairy adalah satu liabiliti dan pada akhirnya akan mengakibatkan kejatuhan Pak Lah. Sahabat Pak Lah itu juga memberitahu bahawa Mahathir cukup marah dengan Khairy dan sedang merancang untuk membuang Pak Lah supaya Khairy turut jatuh juga.

Pak Lah memberitahu kawan sekolahnya yang Khairy ini merupakan seorang yang sangat bijak dan mempunyai ramai kawan yang bijak.. Maka orang akan berasa iri hati dengan Khairy, kata Abdullah. Khairy juga merupakan aset kerana menurut Pak Lah, "Dia membantu menguruskan negara dan tanpa dia dan kawan-kawannya di 'Tingkat Empat', saya akan hadapi banyak masalah."

Ibrahim Ali (sekarang di dalam PERKASA) ada di dalam mesyuarat tersebut dan membawa kisah ini kepada pengetahuan Mahathir. Dan ketika itu jugalah, nasib Pak Lah sudah ditentukan. Pak lah kini sedang menunggu masa sahaja untuk dijatuhkan. Pak Lah terlupa bahawa individu yang sepatutnya beliau bawa naik adalah Mukhriz dan bukannya Khairy.

Ramai telah memberi amaran keapda Pak Lah bahawa Khairy akan menjadi punca kejatuhannya. Ramai juga yang memberi amaran kepada Pak Lah yang Mahathir akan jatuhkan Pak Lah terutamanya kerana Khairy. Ramai juga yang memberi amaran kepada Pak Lah jika beliau mahu terus selamat, beliau perlu fokus kepada Mukhriz dan bukannya Khairy. Tetapi Pak Lah tidak mengendahkan amaran tersebut dan itu telah mengakibatkan karier beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia terkubur.

Sejurus selepas Khairy mula bekerja untuk Pak Lah, beliau telah memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO. Jawatan yang pada mana Pak Lah dan Mahathir sudah bersetuju untuk diserahkan kepada Mukhriz. Dengan Khairy menjadi orang nombor dua Pemuda UMNO, ini bermakna laluan akan menjadi agak sukar bagi Mukhriz menaiki tangga kepimpinan UMNO.

Kemudia, pada tahun 2008, Pak Lah telah memberikan Khairy sebuah kerusi untuk dipertandingkan semasa PRU dan Khairy telahpun menang. Sekarang, tidak ada cara lain melainkan Pak Lah perlu pergi dan Najib akan menggantikan tempat beliau. Nasib dan masa depan Mukhriz bergantung kepadanya.

Mahathir menjangkakan apabila Najib telah mengambil alih kuasa, Najib akan membantu untuk mengekang pergerakan Khairy dan Mukhriz akan naik. Tetapi, tidak lama selepas Najib menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, Khairy memenangi pula jawatan Ketua Pemuda UMNO mengalahkan Mukhriz dan Khir Toyo.

Mahathir menyalahkan Najib akan hal ini dan sekiranya Najib mencampuri hal ini,
maka sudah tentunya Mukhriz akan menang. 'Kegagalan' Najib sekali lagi terbukti apabila Khairy dibenarkan untuk bertanding PRU pafa tahun 2013. Khairy menang dan dijadikan Menteri Kabinet oleh Najib.

Sekali lagi pada tahun yang sama, Khairy telah bertanding Ketua Pemuda UMNO dan menang. Najib tidak membuat apa-apa untuk memastikan Khairy kalah. Peluang untuk Mukhriz menjadi Perdana Menteri kini kian menipis.

Legasi Mahathir adalah mudah. Beliau akan serahkan kuasa kepada Pak Lah pada November 2003. Mukhriz akan mnjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada tahun seterusnya. Pada 2009, Mukhriz akan menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Pada 2013 pula, Mukhriz akan menjadi salah seorang daripada Naib Presiden UMNO Malaysia. Dan pada tahun 2016 (yang kini ditangguhkan kepada 2018) Mukhriz akan menjadi Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Menjelang tahun 2020, Mukhriz akan menjadi Presiden UMNO Malaysia dan dalam gerak langkah yang sama akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Itu adalah legasi Mahathir yang sebenar dan itulah Wawasan 2020 Mahathir yang sebenar. Apabila Tun Musa Hitam menyatakan bahawa Wawasan 2020 Mahathir akan gagal, beliau merujuk kepada Mukhriz yang tidak akan menjadi Perdana Menteri sebelum atau menjelang tahun 2020 seperti yang dirancang Mahathir.

Apabila Khairy diberikan kerusi dan menang pada PRU dan kemudian dilantik sebagai Menteri Kabinet - manakala Mukhriz cuma diberikan jawatan Menteri Besar sebagai hadiah saguhati shaja - itu adalah sebab mengapa Mahathir mengorak langkah untuk menjatuhkan Najib. Tidak lama selepas itu, isu 1MDB yang dimainkan merupakan katalis untuk menjatuhkan Najib.

Rancangan Mahathir untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri sebelum atau menjelang tahun 2020 telah gagal. Untuk itu berlaku, Mukhriz perlu menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2004, Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2009, dan kemudian Naib Presiden UMNO pada tahun 2013, dan akhirnya sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 2016 (yang kini ditangguhkan kepada tahun 2018).

Abdullah dan Najib tidak menjadikan perkara ini berlaku. Maka Abdullah perlu pergi, sekarang tiba giliran Najib. Sekiranya Najib telah dibuang pada tahun lepas seperti perancangan Najib, Perdana Menteri proksi Mahathir mampu merealisasikan 'Projek Mukhriz'.

Tetapi, perkara tersebut telah menjadi agak mustahil dan Najib kelihatan selamat. Mereka yang menentang Perdana Menteri telah dibuang, termasuk Mukhriz. Maka Mahathir tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan untuk keluar daripada UMNO, memandangkan beliau sudahpun gagal untuk mencapai apa yang beliau mahukan dari dalaman UMNO, dan sekarang beliau menggunakan pembangkang untuk memberi tekanan kepada Najib.

Sekiranya Najib terasa terancam dengan Mahathir yang bekerjasama dengan pembangkang, maka terdapat satu jalan keluar yang mudah. Iaitu Najib perlu memastikan Mukhriz menjadi orang nombor 2 di dalam parti dan juga kerajaan. Itu, walau bagaimanapun, tidak lagi mungkin kerana Najib sudahpun membuat keputusan untuk berdepan dengan Mahathir sebagai ketua pembangkang yang baru.

Legasi Mahathir sudahpun musnah. Sekarang ini cuma tinggal kemungkinan yang sangat rendah untuk beliau melihat hari yang mana anaknya menjadi Perdana Meteri, ataupun paling kurang menjadi orang nombor dua - sekurang-kurangnya bukan dengan Najib masih berkuasa.  Maka beliau akan membuat cubaan terakhir sebelum beliau meninggal dunia untuk melihat perkara ini terjadi. Mahathir sedang cuba untuk merealisasikan harapan ini dengan bergabung dengan pembangkang dalam usaha untuk menjatuhkan Najib dan menggantikannya dengan seorang Perdana Menteri proksi.

Adakah itu akan berlaku? Anda perlu menunggu bahagian kedua untuk kisah seterusnya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget