KL CHRONICLE: Tambang Pengangkutan Awam Darat Tidak Dipengaruhi Minyak Mentah Dunia - Tan Sri Syed Hamid

Tuesday, March 22, 2016

Tambang Pengangkutan Awam Darat Tidak Dipengaruhi Minyak Mentah Dunia - Tan Sri Syed Hamid


Baru - baru ini timbul isu dimana pengguna pengangkutan awam darat telah menyuarakan pendapat mereka yang mahukan tambang pengangkutan awam darat di negara ini diturunkan sejajar dengan penurunan harga minyak mentah dunia. Menyedari isu tambang merupakan satu isu yang sangat sensitif, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar telah mengambil langkah yang diplomatik dan tidak berkonfrantasi dalam menyelesaikan isu ini. 

Menurut Tan Sri Syed Hamid Albar, 



"harga minyak mentah seperti petrol dan diesel hanya menyumbang sebanyak 10 peratus terhadap kos operasi syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam itu.

"Ada elemen lain yang mempengaruhi kos operasi syarikat pengendali ketika ini seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan terhadap alat ganti kenderaan.

"Selain itu, syarikat juga berdepan kenaikan premium insurans dan kadar tukaran wang yang tidak menentu," katanya. 

Bagi kami di #KLChronicle, penerangan yang diberikan oleh  Tan Sri Syed Hamid Albar ini ada benarnya. Ini kerana, walaupun harga minyak telah jatuh, namun harga barangan lain masih kekal di harga yang lama. Tambahan pula, dengan GST sebanyak 6%, sudah pastinya kos operasi pengusaha pengangkutan awam darat juga meningkat sedikit. Ini sedikit sebanyak dapat di "offset" dengan penurunan harga minyak dunia. 

Oleh itu, kami berpendapat cadangan supaya harga tambang dikurangkan ditangguh ke satu masa lain yang lebih sesuai. Ini juga mengambil kira harga minyak mentah dunia yang kini telah meningkat ke USD $40. Trend peningkatan ini dilihat akan terus kekal dan kemungkinan akan kembali seperti sedia kala.  Selain itu, walaupun harga tambang kini berada pada paras yang lama, namun mutu perkhidmatan serta servis yang diberi oleh pengusaha pengangkutan juga telah meningkat mengikut peredaran zaman. 

Apa pendapat pembaca?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget