KL CHRONICLE: SPAD & ECERDC pastikan kebolehupayaan pasaran East Coast Rail Line (ECRL)

Saturday, March 19, 2016

SPAD & ECERDC pastikan kebolehupayaan pasaran East Coast Rail Line (ECRL)




Menyedari bahawa kemudahan pengangkutan Rel di kawasan Pantai Timur/East Cost tidak begitu memberangsangkan berbanding laluan Utara - Selatan tanah air, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini telah mengambil langkah yang proaktif untuk bekerjasama dengan badan - badan berkepentingan di Pantai Timur untuk melihat kebolehupayaan  Projek Landasan Keretapi Pantai Timur / East Coast Rail Link (ECRL). 



Antara badan berkepentingan yang SPAD telah mengambil keputusan bekerjasama adalah Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Umum ketahui bahawa kerajaan kini memberi fokus kepada pembangunan kawasan Pantai Timur melalui Rancangan Malaysia ke-11 di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing Johor.

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan SPAD mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan ECERDC adalah tepat. Ini kerana sebagai "Master Developer" bagi kawasan Pantai Timur melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing Johor, ECERDC sudah pastinya mempunyai "master plan" dalam bagaimana untuk membangunkan kawasan ini dan project ECRL akan memnberi lebih nilai kepada ECER. 

Selain itu, antara "Terms of Reference" kerjasama SPAD + ECERDC adalah dalam:

- Peluang - peluang perniagaan
- Model Terkini Rail Link
- Strategi Pemerolehan/Procurement 
- Strategi alternative bagi Rail Line Pantai Timur

Secara jujurnya, sudah tiba masanya infrastruktur rel di kawasan Pantai Timur ditingkatkan selaras dengan perkhidmatan rel Utara - Selatan. Ini kerana, jumlah penduduk di Pantai Timur juga semakin meningkat dan mereka memerlukan kemudahan rel yang bagus untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain. Ini juga akan memberikan mereka lebih banyak pilihan dalam mod pengangkutan awam darat.  

Kenyataan penuh SPAD boleh dibaca di bawah:




No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget