KL CHRONICLE: @RazlanRafii & Pemuda UMNO Wilayah Mahu Muhyiddin Yassin Keluar Dari UMNO #RespectMyPM #KekalNajib

Saturday, March 5, 2016

@RazlanRafii & Pemuda UMNO Wilayah Mahu Muhyiddin Yassin Keluar Dari UMNO #RespectMyPM #KekalNajib





Dahulu Kata Sayangkan UMNO Dan Terpaksa Menongkah Arus. Sekarang Lain Pula Cerita?


Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin Dan Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir yang sanggup bersekongkol dengan Pembangkang bagi memenuhi cita-cita si mantan.


Lebih memeranjatkan pemimpin yang acapkali melaungkan-laungkan perjuangan atas nama Melayu dan sayangkan UMNO telah memeterai kesepakatan untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Dato' Sri Najib Tun Razak.


Kesepakatan 'songsang' dan 'ibarat keluarga 69' yang diketuai oleh Tun Mahathir dilihat seolah-olah sebuah gerakan yang begitu terdesak dan terpaksa bergantung harap kepada musuh-musuh politik utama hanya semata-mata ingin memenuhi tuntutan nafsu serakah.

PPUWP mual dan loya melihat politik busuk dan kehancuran UMNO yang direka seperti yang berlaku semasa zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi yang diserang habis-habisan oleh mereka yang gilakan kuasa.

Hari ini 'permainan catur' menjatuhkan pemimpin bersambung pula ketika Dato' Sri Najib sedang bertungkus lumus membawa Malaysia ke satu tahap terbaik dan cemerlang di kalangan negara-negara Asia dan di peta dunia.

Sudah-sudahlah menjaja dengan gerakan para kroni menjaja berita negatif negara pada pihak Barat. Ditambah lagi dengan fitnah dan nista yang sengaja diwujudkan oleh mantan Perdana Menteri ke empat ini di khalayak umum tanpa ada sekelumit rasa bersalah terhadap agama bangsa dan negara.

Realitinya rakyat semakin hari semakin bijak menilai perancangan jahat dari pemimpin yang seharusnya menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada generasi hari ini dan akan datang.

Dahulu Muhyiddin dan kuncu-kuncunya berjaya jatuhkan Pak Lah sebab mahu naikkan orang lain, hari ini mereka juga yang mahu jatuhkan Najib untuk naikkan diri sendiri.

Kalau bercerita soal sayangkan parti atau negara, semua pemimpin dan ahli sayangkan parti namun tidak akan tergamak melakukan apa yang sedang Tun Mahathir lakukan terhadap masa depan anak bangsa.

Tan Sri Muhyiddin, kami tidak mahu digelar kurang ajar ataupun biadap. Namun apa yang Tan Sri lakukan ini sebenarnya jauh tersasar dari perjuangan asal UMNO dan kita kian hampir di ambang kemusnahan sekiranya pemimpin seperti Tun, Tan Sri dan Mukhriz masih tidak sedarkan diri.

Buanglah sikap ego Tan Sri dan kembali bantu pulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan bukan berpakat dengan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Namun sekiranya Tan Sri merasakan terbeban dengan desakan dan kecaman pelbagai pihak dalam UMNO, adalah lebih baik Tan Sri tinggalkan UMNO.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget