Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini mahu syarikat - syarikat tempatan bersaing di persada antarabangsa dan memasuki pasaran Arab Saudi seperti yang dilakukan Prasarana Malaysia Berhad yang kini menjadi syarikat pertama di dunia yang diberi peluang menjadi operator Al-Mashaaer Al-Mugaddassah Makkah Metro Southern Line.
Bagi kami di #KLChronicle, harapan yang dibawa oleh Perdana Menteri ini sesuai dan kena pada masanya. Malaysia merupakan antara negara Islam yang paling maju di dunia. Kita mempunyai kepakaran dalam pelbagai aspek seperti pengangkutan awam melalui Prasarana, kepakaran dalam operasi lapangan terbang melalui Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) dan juga minyak & Gas melalui Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).
Dengan kepakaran yang kita ada, sudah pastinya Malaysia dapat membantu negara - negara Islam lain membangun dan menjadi maju seperti mana yang kita nikmati hari ini. Visi Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak yang mahu Malaysia membantu negara - negara Islam lain wajar diberi pujian. Kadang - kala, not everything is about money tetapi usaha kita dalam membangunkan saudara- saudara islam kita.
Kami di #KLChronicle berharap hubungan baik antara Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dengan kerajaan Arab Saudi, terutamanya keluarga Diraja Arab Saudi akan membuka peluang kepada syarikat - syarikat tempatan menembusi pasaran Timur Tengah. Siapa kata hubungan baik antara Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dan keluarga Diraja Arab Saudi tidak menguntungkan Malaysia?
No comments:
Post a Comment