Saturday, March 26, 2016

PM @NajibRazak Akur bila DS Rosmah mahu KISS



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memendekkan ucapannya sewaktu Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-209.


Ia ekoran Najib telah mendapat pesanan dan nasihat daripada isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Sebelum saya tampil kehadapan untuk beri ucapan, isteri saya telah bisik kepada saya. Dia kata ‘kiss’. Rupanya, ‘kiss’ maknanya ‘keep it short and sweet’.


 
“Dan ini saya kira amat bertepatan kerana cuaca terlalu panas dan kita tidak berlaku adil kepada perbarisan kalau berucap terlalu panjang,” ujarnya sewaktu berucap.


 
Rosmah dipercayai berkata demikian kerana terkesan melihat beberapa anggota perbarisan polis rebah angkara cuaca panas.

Difahamkan, seramai 15 orang anggota polis rebah sewaktu perbarisan.

Najib sewaktu berucap, turut menyatakan ancaman daripada Islamic State (IS) adalah benar dan bersyukur Malaysia masih selamat.

“Negara kita amat bertuah, walaupun berlaku insiden keganasan di Istanbul, Ankara, Brussels, Paris, Jakarta dan lain-lain.

“Alhamdulillah Malaysia selamat kerana peranan polis dan anggota keselamatan,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment