KL CHRONICLE: Fitnah Jijik Wall Street Journal terhadap FGV akhirnya terbukti TIDAK BENAR Cc @WSJ #KakiFitnah

Sunday, March 6, 2016

Fitnah Jijik Wall Street Journal terhadap FGV akhirnya terbukti TIDAK BENAR Cc @WSJ #KakiFitnah

Fitnah jijik Wall Street Journal (@WSJ) terhadap FELDA akhirnya dibuktikan tidak benar

Pada 26 July, 2015 satu artikel berunsur fitnah telah ditulis oleh Syed Zain Al - Mahmood, seorang wartawan akhbar The Wall Street Journal terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV). Artikel berunsur fitnah itu telah menuduh FGV terlibat dalam pemerdagangan manusia di ladang milik FGV  di Jempol, Negeri Sembilan. Akibat artikel tersebut, FGV telah dikecam oleh pelbagai pihak termasuk pemimpin - pemimpin pembangkang terutamanya dari DAP. 



Umum ketahui bahawa pemimpin DAP sangat tidak suka dengan kejayaan yang dikecapi oleh FELDA kerana FELDA merupakan konglomerat Melayu yang terbesar di dunia terutamanya didalam industri sawit. Oleh sebab itu, terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab yang sanggup menggunakan media antarabangsa seperti The Wall Street Journal untuk memfitnah dan mensabotaj FELDA. 

Namun, akhirnya terbukti segala fitnah yang dibawa oleh The Wall Street Journal adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana sebuah badan pengesahan bebas, Wild Asia telah mengesahkan tiada sebarang bukti dakwaan berlakunya pemerdagangan manusia di ladang milik Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Jempol, Negeri Sembilan, sebagaimana dilaporkan media pada Julai, 2015.

Memetik laporan Wild Asia:

"Hasil temu bual petugas kami tidak menemui sebarang kes 'pemerdagangan manusia' (sebagaimana dilaporkan media) atau dapat merumuskan wujudnya 'buruh paksa' (sebagaimana dinyatakan oleh SA8000)," kata laporan itu.

Hasil laporan Wild Asia ini membuktikan bahawa The Wall Street Journal sengaja mahu menyerang FELDA demi kepentingan pihak tertentu. Modus Operandi The Wall Street Journal ini sama seperti cara mereka menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib B Tun Abdul Razak dalam isu 1MDB dan isu derma dari keluarga diraja Arab Saudi. Walaupun sudah terbukti segala fitnah yang dibawa oleh WSJ ini tidak benar, namun akhbar yang berpangkalan di Amerika Syarikat ini tetap mengulangi "recycle" tuduhan - tuduhan palsu mereka. 

Persoalannya sekarang, kenapa The Wall Street Journal sangat berminat untuk menyerang kerajaan kepimpinan Datuk Seri Haji Najib B Tun Abdul Razak dan mensabotaj ekonomi negara?

Siapakah yang untung jika kerajaan tumbang dan ekonomi orang Melayu musnah? Renungkan. 

KENYATAAN RASMI FELDA BOLEH DIBACA DISINI:

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget