Hari ini Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh memanggil Sidang Akhbar di Komtar.
Phee Boon Poh telah membacakan Akuan Bersumpah Ms Phang Li Koon, seorang ahli perniagaan yang telah menjual banglo di Jalan Pinhorn kepada Lim Guan Eng.
Ms Phang Li Koon adalah juga sepupu kepada Phee Boon Poh.
Persoalannya kenapa Ms Phang sendiri tidak memanggil sidang media untuk memaklumkan Akuan Bersumpah yang telah dibuatnya?
Apa kepentingan Phee Boon Poh dalam isu ini?
Pada 2012, Phee Boon Poh sebagai Penasihat Penang Phee Clan telah membuat ugutan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang cuba membuat tuduhan berlaku salah laku dalam penyewaan banglo No 25 Jalan Pinhorn oleh Ms Phang kepada Lim Guan Eng dan tender penjualan tanah tapak PPR Taman Manggis Fasa 2.
Kenapa Phee Boon Poh begitu "protective" terhadap Ms Phang?
Jeng Jeng
No comments:
Post a Comment