Saturday, March 19, 2016

#DemiRakyat Datuk Seri @LiowTionglai & Malaysia Berhasrat Tambah Penerbangan ke #India

Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama TYT Shri P. Ashok Gajapathi, Menteri Penerbangan Awam India 

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Malaysia, terutamanya Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana mempunyai visi yang jauh kerana berhasrat menambah penerbangan awam ke India. Ini sudah pastinya akan meningkatkan lagi pendapatan syarikat - syarikat penerbangan tempatan. 

Memetik kata - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai, pada masa ini, 



"Syarikat penerbangan di Malaysia antaranya termasuk Malaysia Airlines Berhad (MAB), AirAsia, AirAsia X dan Malindo Air menawarkan penerbangan ke 24 destinasi di seluruh India. Ini merangkumi enam bandar-bandar utama iaitu Delhi, Kolkata, Mumbai, Chennai, Bangalore dan Hyderabad, serta 18 bandar-bandar lain antaranya seperti Goa, Jaipur, Port Blair, Kochi, Ahmedabad dan Tiruchirappalli."

Walaupun dilihat banyak dari segi destinasi i.e. 24 lokasi namun Malaysia hanya diperuntukkan kuota sebanyak 20,000 tempat duduk bagi setiap minggu. Kuota ini pula telah habis diambil oleh MAB, AirAsia X, Airasia dan Malindo melalui penerbangan yang mereka ada sekarang. Menyedari bahawa pasaran India mempunyai potensi besar dan Malaysia mempunyai 4 syarikat penerbangan yang sangat baik, Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan proaktifnya telah berjumpa dengan pemimpin - pemimpin India bagi memohon tambahan kuota sedia ada. 

Melalui rundingan yang telah dijalankan, Malaysia memohon jasa baik kerajaan India untuk memberikan kita 40,000 kerusi seminggu sekaligus memberikan peluang kepada syarikat penerbangan kita berkembang dengan lebih pesat. Bukan sahaja menambahkan kuota, YB Datuk Seri Liow Tiong Lai juga mahu kita mendapat kebenaran untuk menambah lagi destinasi penerbangan ke 8 Bandar lain, khususnya Coimbatore, Madurai, Pune, Vijayawada, Mangalore, Surat, Chandigarh dan Srinagar.

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan proaktif yang diambil oleh YB Datuk Seri Liow Tiong Lai wajar diberi pujian. YB Datuk Seri Liow Tiong Lai sedar bahawa syarikat penerbangan tempatan mempunyai potensi untuk berkembang dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab YB Datuk Seri Liow Tiong Lai mengambil inisiatif untuk membantu syarikat syarikat ini dengan membuka peluang perniagaan yang lebih besar. Syabas dan Tahniah Datuk Seri kerana gigih dalam usaha membantu syarikat - syarikat tempatan dan sekaligus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment