KL CHRONICLE: @cmlimguaneng "dibogelkan" oleh @mpkotabelud #Penipu #RumahMampuTengok #Penang

Wednesday, March 16, 2016

@cmlimguaneng "dibogelkan" oleh @mpkotabelud #Penipu #RumahMampuTengok #Penang



Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berbohong mengenai isu harga rumah mampu milik di Pulau Mutiara.



Abdul Rahman berkata, Kerajaan Persekutuan tidak pernah menetapkan harga rumah mampu milik sebanyak RM400,000 seunit seperti yang diuar-uarkan Guan Eng.

Katanya, harga maksimum rumah mampu milik di negeri itu ditetapkan sendiri oleh Kerajaan Pulau Pinang.

“Ini satu penipuan. Kerajaan Persekutuan tidak pernah bersetuju harga rumah mampu milik ditetapkan RM400,000 seunit. Ia keputusan kerajaan negeri.
 
“Jangan babitkan Kerajaan Persekutuan dalam perkara ini. Saya tidak mahu orang Pulau Pinang marahkan Kerajaan Persekutuan disebabkan keputusan yang dibuat kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini, apabila diminta menjelaskan perbezaan harga maksimum rumah mampu milik antara negeri di Malaysia.

Baru-baru ini, satu video yang dimuatnaik di internet memaparkan Guan Eng sebagai berkata, kerajaan negeri dikritik kerana menetapkan harga rumah mampu milik pada paras RM400,000 seunit.

Guan Eng dalam video itu dilapor berkata, kerajaan negeri menetapkan harga itu sebagai mengikut arahan Kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, P Kasthuri (DAP-Batu Kawan) mencelah dengan merayu Abdul Rahman supaya menarik semula kenyataannya berhubung Kerajaan Pulau Pinang.

Malah, Kasthuri turut mempersoalkan niat Abdul Rahman yang menyasarkan kerajaan negeri berhubung isu berkenaan.

Abdul Rahman kemudiannya menjawab Kasthuri dengan berkata: “Ini kerana Menteri Besar dan Ketua Menteri lain bukannya macam Bagan (Guan Eng) yang berbohong.”

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget